Waspada Urutan Ketika Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Hari ni kita nak cerita serba sikit tentang urutan untuk ibu yang sedang hamil.  Bukan semasa berpantang je kena berurut, semasa hamil pun dibolehkan.  Antaranya adalah untuk menenangkan emosi serta mengurangkan ketegangan otot dan urat saraf. Tetapi awas, bukan semua bahagian boleh diurut.

Urutan tidak digalakkan semasa awal kehamilan kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran.  Apabila bahagian abdomen diurut, ia berupaya mengecutkan rahim dan seterusnya menyebabkan keguguran.   Selain bahagian abdomen, pergelangan kaki dan pergelangan tangan juga adalah bahagian yang sensitif.  Ini kerana, urutan di bahagian abdomen akan merangsang otot-otot dan pelvik terutama otot rahim dan menyebabkan keguguran.

Ibu hamil haruslah sentiasa peka dan berhati-hati tentang urutan.  Begitu juga dengan pengurut.  Ada yang sudah berpengalaman dan ada juga yang tidak cukup ilmu lagi tentang mengurut.  Harus diingat, jika tersalah urut risiko lain pula yang datang.

Kita juga sedia maklum, ibu hamil sering mengalami kelenguhan kerana perubahan hormon yang dialami.  Tidak dinafikan, urutan membawa banyak faedah kepada ibu hamil.  Urutan yang baik dapat merehatkan otot dan melancarkan perjalanan darah.  Ia juga dapat mengurangkan stress yang kerap dialami, membuatkan ibu berasa lebih tenang dan bersemangat dan seterusnya mengurangkan masalah dan komplikasi ketika proses melahirkan anak.

Wanita yang hamil juga kerap mengadu selalu sakit pinggang pada akhir kehamilan.  Oleh itu, berurut membantu mengurangkan sakit pinggang tanpa memakan pil tahan sakit.  Ia juga membantu mengurangkan sakit sendi dan bengkak.  Ibu yang hamil juga boleh tidur dengan lebih nyenyak.

Oleh itu, ibu-ibu yang sedang hamil dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan berurutlah dengan pakar urut yang bertauliah. Urut sikit-sikit takpe, untuk menghilangkan lenguh 😉 Ibu-ibu juga boleh cuba Minyak Serai Wangi untuk urutan badan dengan lebih lembut, selesa dan tidak panas. 

 

Dapatkan Minyak Serai Wangi dengan menghubungi kami di talian :-

019 – 3080 948

019 – 2080 948

018 – 264 8094

atau boleh order terus di website www.danita.com.my