Urutan perineum mengurangkan risiko koyakan semasa bersalin

Urutan ini sebaiknya boleh diamalkan seawal kandungan 35 minggu.Perineum adalah diantara kawasan dubur dan faraj.
Teknik ini dikatakan membantu mengurangkan koyakan dan guntingan yg besar semasa meneran.

Urutan ini boleh dilakukan sendiri dirumah ataupun bantuan suami dengan menggunakan minyak bahan yang berasakan sumber  semulajadi seperti Minyak kelapa dara (MKD).Lazimnya dilakukan selepas mandi kerana diwaktu ini urat disekitar perineum lembut dan selesa disentuh

Teknik urutan PERINEUM

1.Bersihkan tangan anda dan pastikan kuku tidak panjang dan bersih..
2.Sapukan jari dengan minyak
3.letakan ibu jari dalam vagina dan 4 lagi ke bahagian punggung
4.tekankan faraj hingga kebahagian dubur dan sisi hingga mengalami regangan selama 1-2 minit
5.Gerakkan jari dlm bentuk  U berulangkali selama mana anda mahu atau sekurang-kurangnya 5 minit.
6.Selesai sahaja urutan anda buat seperti kemutan dibahagian faraj iaitu sepeti menahan kencing atau kentut tahan 10 saat, lepas 10 saat, buat ulang semula 10 kali
7. buat urutan ini sehari 2 kali.

perineal_massage

P/s urutan ini tidak sesuai utk ibu yang mempunyai jangkitan di faraj.

Penafian : Pembaca dinasihatkan mendapat nasihat doktor  sebelum membuat urutan ini.