Uniknya Kelahiran Sepasang Kembar

Assalamualaikum mommies 🙂 Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan happy happy selalu.  Entri kali ini akan mengupas serba sedikit tentang kelahiran bayi kembar.  Satu topik yang menjadi kegemaran para ibu di luar sana kerana bayi kembar sentiasa menjadi perhatian dan dianggap satu kelahiran yang sangat unik dan istimewa.  Tidak ramai ibu yang berpeluang merasa memperoleh pengalaman memiliki bayi kembar.  Kehamilan ini memerlukan penjagaan yang lebih teliti sejak awal malah ibu juga perlu pemahaman yang betul untuk menjaga diri dan bayi yang dikandung.

JENIS KEHAMILAN KEMBAR  

Kembar merupakan kelahiran berganda apabila ibu melahirkan dua anak daripada kandungan yang sama.  Pasangan kembar boleh berjantina sama atau berlainan.  Kelahiran berganda yang lebih dari dua disebut kembar tiga, kembar empat dan seterusnya.

Terdapat dua jenis kehamilan kembar, iatu kembar seiras dan kembar tidak seiras.  Apakah perbezaan kembar seiras dan tidak seiras?

Kembar seiras berlaku disebabkan satu ovum yang matang disenyawakan oleh dari satu sperma dan kemudian membahagi kepada dua janin.  Ia berasal dari genetik yang sama dan berkongsi satu uri.  Ini yang menyebabkan rupa mereka seiras.

Manakala bagi kembar tidak seiras pula, dua telur yang dipersenyawakan oleh dua sperma yang berlainan.  Ini akan menghasilkan dua janin yang berbeza dan mereka mempunyai dua uri setiap seorang.

Ibu-ibu yang hamil bayi kembar memerlukan rawatan dan pemerhatian yang lebih daripada doktor pakar sepanjang tempoh kandungan.  Nutrisi sangat diperlukan untuk menampung keperluan diri dan bayi kembar yang dikandung.  Antaranya ialah lebihkan pengambilan sayuran hijau, ikan dan makanan berlemak haruslah dikurangkan.  Makanan yang kaya dengan zat besi seperti bayam dan hati juga bagus jika diamalkan selalu.  Elakkan makan makanan dalam tin dan pastikan sayuran yang ingin dimakan dibasuh sepenuhnya supaya tidak membawa kemudaratan.

 

TANDA KEHAMILAN KEMBAR

 

 

Terdapat beberapa tanda yang menyumbang kepada kelahiran bayi kembar.  Antaranya ialah :-

  1. Kepekaan seorang ibu.  Seorang ibu akan peka dan dapat merasa bahawa terdapat dua janin yang sedang dikandung dalam rahim.  Tempoh tiga bulan pertama kehamilan sangat penting untuk menentukan jenis kembar sama ada ia kembar seiras atau tidak seiras.
  2. Morning sickness atau mual / muntah dan alahan yang berlebihan.  Ibu yang hamil anak kembar biasanya akan mengalami muntah dan alahan yang berlebihan.  Pada trimester pertama juga keguguran mudah berlaku.  Oleh itu, dinasihatkan agar ibu lebih berhati-hati dengan tidak membuat kerja berat atau melancong dengan kerap dalam tempoh tersebut.
  3. Payudara akan terasa lebih besar, berat badan semakin naik, lapar sepanjang waktu, sering buang air kecil, dan mudah lelah.  Pada trimester kedua ini, ibu-ibu lebih berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi dan diabetes kerana tahap hormon yang tinggi.  Pembesaran rahim dan berat badan bertambah secara tidak normal, serta gerakan yang kuat pada janin berlaku pada tempoh ini.
  4. Pergerakan bayi dalam kandungan lebih kerap dan awal.  Kebanyakan wanita yang hamil kembar akan merasa ‘tendangan’ yang lebih kerap.

 

FAKTOR KEHAMILAN KEMBAR

Walaupun tiada genetik kembar, setiap ibu berpeluang untuk mendapatkan kembar jika ibu-ibu tergolong dalam kumpulan ini :-

  • Berusia 30 tahun ke atas
  • Hampir menopaus
  • Lebih tinggi daripada wanita sebaya anda
  • BMI anda melebihi 25
  • Mempunyai sejarah keluarga kembar
  • Menggunakan rawatan kesuburan

PERSEDIAAN SEPANJANG HAMIL DAN BERPANTANG

Cara berpantang bagi ibu yang hamil anak kembar sama juga seperti ibu yang hamil biasa.  Cuma, cabarannya agak besar sedikit kerana ibu akan menjaga lebih dari seorang bayi.  Jangan gusar.  Fikir yang positif saja dan sentiasa bertenang menghadapi cabaran ini.  Selagi ibu-ibu mendapatkan maklumat yang tepat dan mengikut nasihat yang disarankan, pasti ibu-ibu berjaya melalui proses kehamilan dan berpantang ini 🙂

  1. Banyakkan minum air dan makanan yang seimbang untuk membekalkan susu yang secukupnya.
  2. Dapatkan info yang lengkap tentang penjagaan bayi kembar dari segi penyusuan, dan sebagainya.
  3. Sediakan jadual minum susu, tidur, ubat dan sebagainya supaya tidak lupa dan terleka.
  4. Kuatkan mental dan fizikal sepanjang kehamilan agar ibu lebih bersedia menghadapinya.
  5. Berbincang dengan pasangan tentang peranan menjaga si kembar.  Sediakan keperluan yang secukupnya.
  6. Sediakan keperluan berpantang seperti tungku, bengkung, mandian herba dan sebagainya.

Anda juga boleh mendapatkan keperluan berpantang dari Set Bersalin Danita. Lengkap, berbaloi dan mudah berpantang sendiri.

Boleh dapatkan dengan menghubungi kami di talian 019 3080 948, 019 2080 948 ATAU 018 264 8094.  Juga boleh layari website Danita, www.danita.com.my

Kesimpulannya, penjagaan bayi kembar sangat memerlukan pemerhatian yang teliti.  Tidak semua ibu berpeluang merasai pengalaman istimewa ini.  Di sebalik kegembiraan memperoleh sepasang kembar, ia juga merupakan peringatan untuk ibu lebih berhati-hati sepanjang kehamilan.  Banyakkan rehat dan bersabar menghadapi cabaran ini 🙂