Sembelit Ketika Berpantang

Nah ! Ini memang antara masalah paling ditakuti oleh wanita selepas bersalin. Sembelit. Sedangkan masa biasa ini pun jikaa sembelit… berair matanya inikan pula ketika dalam pantang. Tambahan pula yang bersalin secara normal, betul betul mencabar bila mengalami sembelit kan?
Sembelit boleh terjadi pada anda sekiranya :
  • Sembelit semenjak hamil akibat jumlah progesteron yang tinggi
  • Sistem pencernaan anda yang selalunya akan berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran
  • Ubat untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran boleh menyebabkan usus berfungsi dengan lebih slow dari biasa
  • Anda banyak mengambil pil zat besi
  • Anda melalui kelahiran melalui bantuan forseps atau ventouse
  • Anda mendapat jahitan (normal delivery)
  • Diet tidak seimbang ketika berpantang
  • Menahan dari membuang air besar kerana takut
Membuang air besar selepas bersalin tidak sepatutnya menyakitkan. Perasaan yang takut dan seriau akan membuatkan anda berasa tidak selesa maka ianya mengetatkan otot yang sepatutnya mengendur. Alihkan perhatian dan perasaan takut dengan membaca majaah ketika di tandas. Jangan sesekali menahan kerana ianya akan memudaratkan apabila anda menahan diri dari membuang air besar. Sembelit boleh melonggarkan lantai pelvis anda.
Anda boleh mengelakkan sembelit selepas bersalin dengan cara :
  • Rutin makan dan minum secara teratur dan seimbang. Jangan kurang mengambil cecair. Kurang cecair dalam badan boleh diakibatkan dari penyusuan bayi dan atmosfera yang kering maka amat penting bagi anda menggantikan cecair yang hilang dalam badan.
  • Bangun dan berjalan perlahan lahan selepas makan minum kerana jika anda terus baring dan duduk, ianya boleh menyebabkan sembelit.
  • Jangan menahan sekiranya perasaan hendak ke tandas datang. Walaupun anda tida selesa di tandas hospital, jangan sesekali menahan kerana ianya boleh mengakibatkan sembelit yang teruk.
  • Pastikan belakang anda lurus dan angkat lutut supaya tinggi dari punggung. Boleh dilapikkan dengan bangku dan kemudiannnya letakkan siku di atas lutut. Ini adalah cara paling baik untuk menggerakkan usus.
  • Rebahkan diri dan kemudian duduk tegak untuk beberapa kali bagi menggerakkan otot otot perut anda. Rasakan otot yang mengetat dan mengendur.
  • Mengambil cecair pelembut najis yang dibekalkan doktor.
Jika selepas 3 hari anda masih belum membuang air besar, kebarangkalian anda akan mendapat sembelit ada maka untuk mengelakkan rasa tidak selesa atau sakit akibat sembelit, anda boleh meminta khidmat nasihat dari doktor anda. Doktor anda boleh mempreskripsikan julap cecair. Jangan mengambil julap di pasaran yang dibeli sendiri kerana keperluan anda adalah berbeza beza bergantung pada keadaan diri anda atau jika anda menyusu badan. Jika julap tidak berkesan, doktor mungkin akan memberi anda enema pakai buang atau suppositori kecil untuk membantu. Jangan juga terlampau memaksa kerana ditakuti ada kesan lain pula.
Untuk mengelak sembelit bagi masa panjang, anda juga boleh :
  • Sayangi dan fahami tubuh badan anda. Jangan sesekali melawan atau menahan sekiranya terdapat keperluan untuk dipenuhi.
  • Elakkan ubat ubatan yang memberi kesan sembelit seperti beberapa pil penahan sakit. Dapatkan khidmat nasihat doktor anda dulu.
  • Makan secara teratur dan seimbang. Jangan elakkan serat. Minumlah banyak cecair. Kenalpasti juga ‘julap’ semulajadi anda. Sesetengah orang akan lawas jika minum susu atau akan buah.
  • Pastikan ada masa untuk anda melalukan senaman ringan. Hanya dengan berjalan jalan sekeliling rumah dengan bayi di dalam stroller juga mampu mengelakkan sembelit.
Amalkan pemakanan seimbang dan sihat sedari alam kehamilan lagi. Ianya membantu mengelakkan sembelit. Semoga anda gembira apabila keluar dari bilik kecil itu nanti 😀