RAWATAN DIRI KETIKA BERPANTANG.

Amalan berpantang selepas bersalin adalah amalan penting yang kian dilupakan oleh ramai wanita moden. Ia sebenarnya adalah untuk penjagaan diri ibu-ibu selepas proses bersalin. Walaupun tempoh berpantang adalah tempoh yang mungkin membosankan kerana ibu tidak dapat bergerak aktif dan terikat dengan pelbagai pantang larang, ibu-ibu bersabar dan ingatlah bahawa ia dilakukan hanyalah untuk ibu kembali sihat dan cantik.

Amalan berpantang seperti bertungku, berurut dan berbengkung adalah untuk merawat diri ibu dan mengelakkan daripada terkena bentan dan bisa urat. Jika ditanya, berapa lama tempoh berpantang? Jawapan dari ibu berbeza-beza. Ada ibu yang suka ambil 40 atau 44 hari, ada yang berpantang 60 hari, dan ada juga sehingga 100 hari lamanya. Semuanya mengikut keadaan dan keselesaan si ibu. Ada juga ibu-ibu yang akan berpantang selama mana masih terdapat darah nifas yang keluar. Namun, jika darah nifas berhenti awal, adalah bagus jika meneruskan amalam berpantang walaupun ibu sudah mula solat.

Amalan rawatan diri yang perlu diamalkan ketika berpantang :-

1. BERURUT. Urutan seluruh badan sangat disyorkan semasa berpantang. Ia bukab sahaja boleh melancarkan aliran darah, bahkan mengelakkan lesu tubuh dan melegakan bisa otot dan sendi. Urutan boleh dibuat di bahagian belakang badan dan juga di bahagian kaki untuk mengurangkan tegangan. Selain itu, boleh mengurut di bahagian payudara untuk melancarkan aliran susu dan mengelakkan bengkak susu. Berurut di bahagian punggung pula dapat menghilangkan sengal-sengal selepas melahirkan anak. Urutan di bahagian kepala pula supaya ibu tidak mudah mendapat sakit kepala atau pening.

2. BERTUNGKU Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu berpantang. Bertungku sebenarnya dapat membanru mengecutkan rahim dan melawaskan pengeluaran darah nifas. Selain itu, ia dapat membantu ibu-ibu daripada kebas-kebas kaki, sakit-sakit badan dan dapat menguruskan badan. Ibu boleh bertungku setiap hari selepas mandi pagi dan petang.Tungku besi dan batu sungai boleh digunakan sebagai alat bertungku. Panaskan tungku dengan api perlahan untuk 10-15 minit dan tungku boleh dibalut dengan daun mengkudu, daun sirih atau daun mengkudu sebelum dibalut dengan kain.

3. BERBENGKUNG. Untuk mendapat bentuk tubuh yang ramping dengan perut tidak menggelebeh, bengkung mestilah dipakai dengan sempurna dan kemas. Ibu berpantang boleh memakai bengkung sepanjang masa, kecuali semasa mandi dan ke tandas. Bengkung yang disyorkan adalah bengkung yang panjangnya daripada bawah dada hingga ke bawah pinggul, kerana ia dapat menyokong rahim dengan kukuh dan tidak mudah terangkat ke atas. Balm atau minyak berubat boleh juga disapu di bahagian perut sebagai pelembap kulit sebelum memakai bengkung. Set bersalin Danita mempunyai bengkung berzip yang selesa dan mudah ke tandas kerana hanya perlu buka zip sahaja. Ia diperbuat dari kain yang lembut dan tidak menyakitkan apabila dipakai oleh ibu-ibu berpantang. Semoga ibu-ibu dapat menjaga diri sebaiknya ketika berpantang untuk kesihatan dan kecantikan ibu.

Berminat untuk order Whatapp ke 019 3080 948 taip bengkung Danita.

 

Selamat berpantang.