Perubahan Payudara Ketika Hamil

Tahniah di atas kehamilan anda. Tentu sekarang ni anda sangat teruja bukan? Ok, hari ini Kak Danita nak berkongsi tentang perubahan yang perlu anda expect ketika hamil, terutamanya berkaitan dengan payudara anda. Perubahan payudara adalah normal kerana ia berkembang sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan bayi anda.

Apa Perubahan Payudara Semasa Mengandung Yang Perlu Anda Expect?

Perubahan payudara ketika kehamilan adalah seperti berikut:

Pertumbuhan dan pembesaran – biasanya pada awal kehamilan, payudara terasa sedikit ngilu dan lebih besar dari biasa. Rasanya seakan ketika anda nak period. Tak perlu risau, ia sebenarnya berlaku kerana hormone kehamilan anda.

Kelembutan dan hipersensitiviti – rata-rata ibu yang baru mengandung merasakan payudara mereka lebih sensitive kepada sentuhan dan geseran dari sebelumnya.

Perubahan warna putting dan bahagian areola. Gelap puting dan areola (kulit di sekitar puting) berlaku kerana hormon mengandung yang memberi kesan pigmentasi kulit sekitar payudara.

Urat gelap sepanjang payudara anda (disebabkan oleh peningkatan bekalan darah ke payudara anda)

Payudara anda akan mula bocor dengan cecair kekuningan, dikenali sebagai kolostrum – ini biasanya berlaku pada trimester ketiga kehamilan. Pada peringkat ini, payudara anda mula menghasilkan susu untuk si comel yang bakal lahir tak lama lagi.

Areolas dan puting akan berkembang lebih besar – juga berlaku pada trimester ketiga kehamilan. Keseluruhan payudara akan berkembang lebih besar untuk menampung penghasilan susu ibu.

Bagaimana Nak Kendalikan Kehamilan Dan Perubahan Payudara?

Berikut adalah beberapa cadangan berguna yang boleh anda lakukan untuk menjadikan beberapa perubahan ini lebih selesa untuk anda.

Pertumbuhan dan Pembesaran Payudara:

Bagi sesetengah wanita ini mungkin sesuatu yang diharapkan, payudara anda menjadi lebih besar dan padat. Bagi wanita memiliki payudara besar,  mungkin rasa tak berapa best. Jangan fikir negative, sentiasa positifkan minda untuk bayi yang bakal lahir.

Apa yang boleh anda lakukan, beli coli baru yang memberi sokongan yang lebih baik kepada payudara anda.  Tak perlu terus beli banyak-banyak pada satu-satu masa, tapi beli lah mengikut keperluan dan keselesaan anda, bergantung kepada tahap perkembangan dan pembesaran payudara.

Tips membeli coli baru:

Sokongan yang baik. Coli macam Genie Bra juga bagus untuk sokongan penuh dan lebih keselesaan.

Tali bahu lebar

Penutupan laras (coli dengan pengancing dibelakang memberikan anda lebih fleksibiliti untuk menyesuaikan diri dari coli dengan pengancing dihadapan)

Elakkan coli underwire, ia tidak sesuai untuk payudara anda yang sedang berkembang dan membesar.

Lebih Rasa Sensitif  dan Lembut pada Payudara:

Hormon dalam badan anda sedang giat membuat persediaan untuk anda menyusukan bayi yang bakal lahir. Perubahan seperti pertumbuhan duktus susu menyebabkan payudara anda menjadi lebih sensitif, terutamanya di bahagian puting. Ini boleh menjadi satu bonus untuk kehidupan seks anda atau boleh menyebabkan ketidakselesaan anda.

Kolostrum:

Merupakan cecair manis dan berair yang mudah dihadam, membekalkan imunisasi penting kepada bayi anda yang baru lahir. Semasa trimester ketiga payudara akan mula mengeluarkan kolostrum. Kolostrum kelihatan pekat dan kuning pada mulanya, dan sewaktu kelahiran semakin hampir, ia menjadi pucat dan hampir tidak berwarna.

Sebelum kelahiran, ia biasanya keluar pada bila-bila masa, apabila payudara anda yang diurut, atau apabila dirangsang secara seksual. Tidak berasa cemas apabila ini berlaku, dan tidak perlu bimbang jika ia tidak berlaku. Wanita yang tidak mengalami sebarang pengeluaran cecair kolostrum dari puting sewaktu kehamilan masih menghasilkan dan menyediakan susu untuk bayi mereka.

Bagaimana Dengan Kanser Payudara?

Membuat pemeriksaan sendiri payudara semasa mengandung adalah penting. Malangnya, semasa mengandung, adalah lebih sukar untuk membuat pemeriksaan kerana semua perubahan yang berlaku pada payudara anda.  Namun masih penting bagi anda untuk memeriksa payudara semasa mengandung setiap 4-5 minggu.

Ketulan yang ditemui wanita semasa mengandung biasanya akibat saluran susu yang tersumbat. Untuk melegakannya, anda perlu lalukan air suam ketika mandi dan urutan lembut mungkin akan membersihkan salur dalam beberapa hari. Jika tidak pasti dengna perubahan yang anda alami, beritahu doktor untuk nasihat selanjutnya.

Jika anda bercadang untuk melahirkan anak dan berusia 35 tahun ke atas, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk meminta nasihat doktor anda mengenai mamogram sebelum anda hamil.