Perkembangan Janin Sepanjang Kehamilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera mommy 🙂

Sudah usia keberapa kandungan mommy setakat ini? Mesti bermacam-macam perasaan bermain pada ketika ini kan? Rasa gembira, teruja, risau, atau berdebar-debar menanti kelahiran si kecil.  Normal semua tu, lebih-lebih lagi yang baru first time merasai pengalaman mengandung.  Pastinya ini merupakan pengalaman yang paling manis ketika bergelar isteri 😉

Adakah mommy tahu perkembangan bayi mommy dari semasa ke semasa? Perut semakin membesar dari sehari ke sehari, bagaimana agaknya keadaan si kecil tu ketika berada dalam perut mommy?  Bagaimana proses bayi membesar secara satu persatu mengikut bulan? Selalunya ibu hamil akan melakukan pemeriksaan imbasan ultra sound untuk mengetahui perkembangan bayi.  Ia juga amat penting untuk mengetahui tahap kesihatan bayi.  Jom kita teroka lebih lanjut apa yang berlaku semasa awal kehamilan hingga hujung kehamilan.

 

BULAN 1

Terbentuknya kantung kehamilan untuk melindungi janin dari air ketuban dan plasenta yang berfungsi menyalurkan makanan atau nutrisi dari tubuh ibu hamil ke janinnya. Pada masa ini, ibu disarankan agar memperbanyakkan mengambil buah-buahan agar perkembangan bayi berada dalam keadaan sihat.

 

BULAN 2

Bayi sudah akan mulai berkembang dan wajahnya mulai terbentuk.  Lipatan telinga sudah mulai nampak pada kri dan kanan kepalanya. Pada masa yang sama, bahagian lengan, kaki, dan jari-jemarinya juga akan mula terbentuk.  Sistem saraf pusat atau otak, tulang belakang serta saluran pencernaan juga mulai terbentuk di usia kehamilan bulan ke-2 ini.

 

BULAN 3

Pada bulan ketiga ini, tubuh bayi mula terbentuk hampir sepenuhnya.    Tangannya sudah boleh menggenggam, dan kuku-kukunya juga mulai tumbuh.  Meski belum terlihat dengan sempurna, jenis kelamin bayi di usia kehamilan ini juga sudah mulai terbentuk.  Pemeriksaan Ultrasaound juga boleh dilakukan pada masa ini untuk mengetahui perkembangan bayi.  Perlu diketahui juga bahawa bahagian dalam tubuh janin juga sudah mulai berkembang dan organ reproduksi mulai terbentuk.  Hati juga mulai memproduksi hempedu.  Terdapat juga kajian yang megesahkan bahawa bayi ketika ini dapat merasai kemanisan glukosa dan kemasaman asid sitrik sebagai bahan yang terdapat dalam tembuni, di mana ibu hamil mengalami keinginan untuk makan atau minum sesuatu yang disebut sebagai “mengidam”.  Mengikut kefahaman Melayu, keadaan ibu “mengidam” sebenarnya membayangkan keinginan bayi.

 

BULAN 4

Pada usia kehamilan ini, keadaan janin sudah mula menunjukkan keadaan yang hampir lengkap.  Bahagian tubuh seperti tangan, kaki, jari, dan wajah sudah dapat dilihat dengan jelas.  Pemeriksaan imbasan ultrasound juga boleh dilakukan pada masa ini.  Dengan adanya bantuan alat khusus, anda dapat mulai mendengar detak jantungnya.  Ia akan semakin aktif dan sering bergerak.  Antara gerakan yang dilakukan janin di usia kehamilan ini ialah menguap, menghisap jari, dan mengubah ekspresi wajah.

 

BULAN 5

Gerakan janin akan terasa semakin aktif untuk melatih ototnya.  Rambut halus akan mulai tumbuh, begitu juga pada tangan dan kakinya.  Seluruh kulit bayi mulai tertutup oleh lapisan putih yang berfungsi untuk mencegah bayi dari terkena cairan ketuban ketika saat ia dilahirkan.  Anda juga mulai dapat merasakan dan menikmati pergerakan si kecil di perut dan sudah boleh mula keluar berjalan-jalan.  Bibir dan kelopak mata juga semakin sempurna.  Organ pencernaan semakin matang, paru-parunya belum berfungsi dengan baik, namun bayi mulai berlatih bernafas untuk mempersiapkan diri hidup di luar rahim.

 

BULAN 6

Pembuluh darah masih boleh terlihat kerana kulit sangat nipis, terutama di sekitar perut.  Pada bulan ini, bayi sudah dapat membuka dan menutup kelopak matanya, dan sudah dapat mendengarkan suara-suara dari luar perut.  Beberapa kajian mendapati bayi pada masa ini sudah mula mempunyai keupayaan mendengar.  Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar mengawal bahasa dan suara pada usia kehamilan tersebut.  Pertengkaran boleh membawa kesan yang tidak baik pada perkembangan bayi.  Ibu-ibu juga sangat digalakkan agar banyak berzikir dan membaca kitab suci Al Quran.

 

BULAN 7

Janin sudah dapat memberi reaksi terhadap suara-suara yang didengarnya dari luar perut.  Pada usia kehamilan ini, pertumbuhan tubuh bayi anda akan semakin pesat, tubuhnya semakin besar, dan anda dapat merasakan pergerakan bayi ketika berganti posisi.  Di usia kehamilan ini juga, tubuh bayi sudah mulai menyimpan lemak.  Mengikut kepercayaan Melayu, ibu hamil digalakkan melihat wajah yang cantik untuk bayi yang sedang dikandung atau lebih dikenali sebagai “kenan”.  Ibu-ibu juga perlu berhati-hati agar tidak mudah terperanjat apabila melihat wajah-wajah hodoh atau situasi yang mengerikan kerana ia boleh membawa “terkenan” kepada bayi di dalam kandungan.

 

BULAN 8

Kulitnya yang merah akan bertukar cerah sehingga badan bayi tidak lagi nampak berkeriput kerana pertambahan lemak pada ketika ini.  Otaknya juga semakin sempurna dan sering menendang-nendang.  Kepalanya telah berada di bawah dalam posisi siap lahir.  Namun begitu, pada saat ini tempurung kepalanya masih belum kuat dan keadaan ini untuk memudahkan bayi keluar pada lubang vagina saat ia dilahirkan.  Ibu-ibu dinasihatkan agar mempersiapkan diri dengan menyediakan segala keperluan berpantang dan bayi pada usia kehamilan ini.

 

BULAN 9

Perkembangan paru-paru semakin baik dan sudah dapat berfungsi.  Persiapkan mental dan fizikal anda kerana proses kelahiran semakin dekat.  Pada saat ini, tubuh bayi akan semakin membesar dan tidak muat untuk terus berada dalam rahim ibu.  Oleh itu, ibu-ibu hendaklah sentiasa waspada dan bersedia ketika sebarang kontraksi berlaku.

 

Demikianlah gambaran janin pada awal kehamilan hingga saat ia dilahirkan.  Semoga ibu-ibu yang sedang hamil dipermudahkan proses bersalin, berpantang dan diperbanyakkan susu.  Nikmatilah saat-saat manis ini bersama yang tersayang 😉

 

KEPERLUAN BAYI

 

Jangan lupa sediakan kelengkapan bayi seperti baju, lampin, minyak telon, barut, bedung, stokin, syampu dan sebagainya.  Sediakan awal-awal supaya tidak kelam kabut menjelang proses kelahiran nanti.  Jika tidak begitu arif, anda boleh bertanya dan meminta pendapat pada ibu atau kawan-kawan anda yang sudah berpengalaman.

 

 

 

Di Danita juga, kami menyediakan Pakej Bayi Lelaki dan Perempuan di mana ia mempunyai :-

  1. 5 helai barut bayi (bertali, muat dari newborn hingga 5 bulan)
  2. 2 helai bedung biasa (muat dari newborn hingga 5 bulan)
  3. Sepasang sarung tangan dan kaki (muat dari newborn hingga 2 ke 3 bulan)
  4. Tungku Bayi (mencegah kembung perut, angin pasang dan bengkak)
  5. Balm Bayi (mencegah kembung perut, mencairkan kahak, dan selsema)

Ibu-ibu boleh dapatkan PAKEJ JIMAT ini dengan menghubungi kami di talian whatsapp :-

  1. http://www.wasap.my/60182648094
  2. http://www.wasap.my/60192080948
  3. http://www.wasap.my/60193080948

atau layari website untuk order, www.danita.com.my