Pembunuh Senyap Ketika Wanita Berpantang

Anda pasti biasa mendengar tentang insiden tumpah darah selepas bersalin, kan?

Tapi, pernahkah anda dengar tentang PULMONARY EMBOLISM?

Ha, ini salah satu pembunuh senyap ketika wanita dalam proses berpantang!

Ia adalah penyakit darah beku dalam saluran darah ke paru-paru. Menurut Dr. Mardiana Kipli, penyakit darah beku ini jarang berlaku namun ia mampu mengakibatkan kematian secara mengejut!

HATI-HATI JIKA BERPANTANG SENDIRIAN!
Kalau anda wanita yang sedang dalam proses berpantang dan mungkin tanpa mak atau mertua di sisi, hati-hati.
Anda perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu yang penting agar proses berpantang ini berjalan lancar, tidak kelam kabut & anda tidak terlalu penat!

APAKAH AKIBAT & TANDA-TANDA PULMONARY EMBOLISM?

Ini disebabkan darah beku yang pecah & boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.

Tanda-tanda awal adalah:

  • Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
  • Sukar untuk bernafas
  • Sakit dada
  • Batuk berdarah
  • Nadi sangat laju

ANDA BERISIKO TINGGI UNTUK MENGALAMI “PEMBUNUH SENYAP” INI JIKA ANDA:

  • Berusia 35 tahun ke atas
  • Mempunyai lebih daripada 2 anak
  • Menjalani pembedahan c-seksyen
  • Dehidrasi
  • Tumpah darah semasa bersalin
  • Mengandung kembar

Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi.Jadi, apa yang perlu anda buat?

  • Sila rujuk kepada doktor jika anda berisiko tinggi.
  • Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
  • Banyakan bergerak dan berjalan
  • Gunakan(stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh.

Selain itu anda juga perlu lebih berhati-hati semasa berpantang! Jangan ambil mudah proses berpantang selama 44 hari ini.Kalau anda melalui pembedahan c-seksyen, proses pantang harus lebih lama!

 

PERKARA PENTING YANG PERLU ANDA BUAT (ATAU MINTA TOLONG SUAMI) KETIKA BERPANTANG SENDIRIAN ADALAH:

  • Sediakan alatan berpantang yang lengkap sebelum bersalin, untuk memudahkan & tidak tercari-cari apabila anda berpantang nanti seperti tungku,bengkung,mandian herba dan lain-lain.Boleh dapatkan set berpantang ditoko-toko jamu di luar sana seperti SET BERSALIN DANITA yang lengkap,mudah,praktikal & semulajadi.
  • Cari tukang urut atau bidan profesional. Amalan bertungku dan berurut akan mempercepatkan proses pemulihan. Malah, ia juga melancarkan pengeluaran susu badan.
  • Pakai bengkung.
  • Ambil suplemen dan ubat-ubatan penting
  • Jangan takut untuk mandi.Amalkan mandi mandian herba untuk menghilangkan lenguh-lenguh dan kembalikan kesegaran badan.
  • Pakai bengkung.
  • Minum air masak yang banyak untuk mengelakkan dari dihidrasi
  • Atur masa anda dengan bijak.Elakkan dari menjadi kelam kabut.Minta tolong suami buat kerja rumah bersama.
  • Sediakan resepi berpantang yang mudah sebelum bersalin. Beli stok makanan mentah yang segar. Minta tolong suami untuk memasak.

DAN APA YANG PERLU ANDA ELAKKAN?

  • Jangan makan makanan sejuk, gatal, tajam, berbisa, berangin dan terlalu berminyak. Senang suruh suami kukus atau bakar saja makanan anda.
  • Jangan lupa pakai stokin! Stokin mampu mengelakkan kaki anda dimasuki “angin”. Kalau angin masuk badan, anda akan cepat tak bermaya dan pening.
  • Jangan terlalu aktif sampai semua benda dalam rumah anda nak buat. Duduk berehat!JANGAN BIARKAN ANDA TERLALU PENAT!
  • Jangan bersendirian dalam masa yang lama. Anda boleh “meroyan” ketika dalam proses ini. Minta suami sentiasa teman atau ambil berat. Kalau suami kerja, telefon pun sudah mencukupi.

Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda. Ingat, anda seorang wanita kuat yang takkan memandang mudah tentang kesihatan diri sendiri, apatah lagi kesihatan anak-anak anda.

Jaga diri anda kerana si manja memerlukan ibunya!

Sumber rujukan : The Malaysian Medical Gazette

=============================