Panduan Cucian Bahagian Sulit

Kaum wanita memang sangat digalakkan menjaga bahagian sulit untuk kebersihan dalaman dan mengelakkan penyakit yang tak diingini.  Alat sulit wanita merupakan kawasan anggota badan yang paling sensitif dan memerlukan penjagaan yang baik.  Ada wanita yang kurang mengambil berat mengenai kebersihan faraj mereka dan boleh menyebabkan risiko terkena pelbagai penyakit.

Terutamanya untuk ibu yang selepas bersalin.  Ibu-ibu akan mengalami keluaran darah nifas untuk tempoh yang lama dan penjagaan yang teliti amat perlu dititikberatkan.  Jika bahagian sulit tidak dijaga, dikhuatiri jangkitan kuman dan penyakit yang berkaitan akan mudah datang.  Bau busuk dan hanyir juga perlu dielakkan selalu untuk memastikan kesegaran dan kesihatan faraj.

Antara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kebersihan faraj :-

1. Bilas alat sulit sampai bersih, iaitu dengan membasuh menggunakan air bersih dari arah depan ke belakang setiap kali selesai buang air kecil atau buang air besar.  Kemudian basuh dengan tisu sekali usap sebelum memakai seluar dalam. Kerana jika sekitar organ dibiarkan lembab, maka kulat dan bakteria akan mudah merebak.

2.  Basuh alat sulit dengan air rebusan herba setiap kali selepas membuang air kecil dan besar.  Biasanya daun herba yang digunakan ialah daun sirih, daun inai, jintan hitam, kunyit dan garam kasar.

3. Gantilah seluar dalam paling tidak pun dua kali dalam sehari.Pastikan memilih seluar dalam yang mudah menyerap peluh yang diperbuat daripada kapas.

Di Danita juga, ibu-ibu berpantang boleh mendapatkan pencuci faraj atau feminine hygiene wash yang berasaskan daun sireh dan manjakani. Wangie sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin untuk menjaga dan membersihkan bahagian sulit agar sentiasa segar, tidak mudah dijangkiti kuman, serta menganjalkan faraj.

Kebaikan Wangie :-

  • mencegah bau yang tak diingini
  • memulih dan menganjalkan otot faraj
  • merapatkan dan mengecutkan kembali otot faraj bagi wanita selepas bersalin
  • menyerap lendir dan lelehan pada faraj

Boleh didapati dengan menghubungi kami di talian whatsapp 019 3700 948 atau layari website www.danita.com.my