Morning Sickness – Perlu Risau Ke ?

Morning Sickness – Perlu Risau Ke ?

Morning sickness is completely normal. Saya yakin semua ibu-ibu bersetuju dengan statement ini. Tapi, masih normal ke kalau mual, muntah, pening sepanjang hari sampai nak makan dan minum pun tak boleh? Asal masuk jer mesti keluar balik, tak boleh nak ditahan-tahan lagi.

Pernah dengar hyperemesis gravidarum? Inilah medical term bagi komplikasi alahan ketika hamil yang teruk. Kes hyperemesis gravidarum ini sangat jarang berlaku, mengikut statistik kira-kira 1% ibu hamil mengalaminya, contohnya the Duchess of Cambridge, Kate Middleton. Biasanya, sebaik sahaja umur kandungan mencecah 5 bulan, simptom-simptom hyperemesis turut berlalu.

Ibu-ibu yang mengalami hyperemesis gravidarum biasanya mengalami alahan kronik sehingga tidak berselera langsung terhadap makanan, minum air jer pun boleh muntah. Bila dah macam ni, tubuh ibu-ibu tidak dapat mengekalkan air yang diperlukan badan dan boleh mengakibatkan dehidrasi dan kehilangan berat badan. Ini yang perlu ibu-ibu risaukan.

Terdapat juga risiko alkalosis (kadar keasidan dalam darah yang tidak normal) dan juga hypokalemia (kalium yang rendah dalam darah) yang boleh mengakibatkan cecair dalam tubuh dan tekanan darah yang tidak seimbang. Jadi, jika simptom morning sickness anda teruk, cepat-cepat dapatkan rawatan.

Di sebalik kesengsaraan ibu-ibu menanggung alahan yang teruk ketika hamil, ada good news untuk anda semua. Kajian mendapati, morning sickness ni bagus untuk anda dan baby sebenarnya. Menurut kajian yang telah diterbitkan dalam Journal of Reproductive Toxicology, terdapat 3 kelebihan ibu-ibu yang mengalami morning sickness berbanding ibu-ibu yang tidak mengalaminya ketika hamil.

 

Melindungi Ibu & Bayi

Perkara ini telah dibuktikan dalam kajian pada tahun 2000 ke atas 47 kumpulan masyarakat yang mempunyai sosio-budaya yang berbeza. Uniknya, golongan ibu daripada 27 kumpulan masyarakat ini tidak mengalami morning sickness dan 20 kumpulan lagi sebaliknya.

Hanya satu perkara yang membezakan dua golongan yang ada morning sickness dan tidak iaitu, diet mereka. Golongan yang mengalami morning sickness rupanya lebih gemar makan daging, ayam, ikan dan produk tenusu, manakala golongan yang tidak mengalami morning sickness lebih gemarkan sayur-sayuran dan hanya sesekali makan daging.

Sejak berkurun lamanya, rempah-ratus digunakan dalam resipi berdaging untuk bukan sahaja melazatkan makanan tetapi juga membunuh kuman yang terdapat pada sumber protein tersebut yang boleh membahayakan.

Ironinya, makanan yang kuat aromanya (yang menggunakan banyak rempah-ratus) memang tidak digemari ibu-ibu hamil kerana boleh mencetuskan rasa mual. Rempah-ratus sebenarnya mengandungi bahan toksin untuk bertindak ke atas kuman yang boleh membahayakan tubuh manusia.

Sewaktu trimester pertama, tahap imunisasi ibu hamil sangat lemah, jadi rasa mual sebenarnya merupakan mekanisma semulajadi tubuh untuk melindungi bayi dalam kandungan dari toksin dan pelbagai makanan yang boleh membahayakannya.

Toxoplasmosis dan listeria pula antara kuman yang boleh dijangkiti dari makanan yang tidak dimasak sepenuhnya merupakan antara contoh bahaya yang berpotensi menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.

 

Risiko Keguguran Lebih Rendah

Morning sickness mempunyai kesan positif tersendiri kepada ibu hamil. Ini kerana ibu hamil yang mengalami morning sickness mempunyai peluang sebanyak 50% lebih rendah untuk mengalami keguguran di awal kehamilan berbanding ibu hamil yang sihat tanpa sebarang gejala morning sickness.

Kajian juga mendapati, lebih lama anda mual-mual, lebih rendah risiko keguguran. Bagi wanita berusia kurang dari 25 tahun ketika mula hamil, risiko keguguran adalah 4 kali lebih rendah jika mengalami morning sickness.

Manakala bagi wanita berusia lebih 35 tahun ketika hamil, risiko keguguran adalah 12 kali lebih tinggi berbanding ibu-ibu yang mengalami morning sickness. Kira-kira 80% dari ibu-ibu tidak mengalami keguguran sekiranya simptom morning sickness terpaksa dilalui lebih separuh dari usia kehamilan. Anda mungkin geleng kepala membaca statement ini, tetapi kajian membuktikan bahawa lebih teruk anda mual-mual, lebih bagus untuk anda dan bayi, lebih rendah risiko keguguran.

 

Bayi Dilahirkan Lebih Sihat & Lebih Cerdik

Lagi satu kelebihan ibu yang mengalami morning sickness ialah risiko kecacatan pada bayi berkurangan antara 30% ke 80%. Menurut pakar Dept. of Paediatrics di Hospital of Sick Children Kanada, kajian yang dijalankan menunjukkan kesan konsisten dan positif terhadap pengurangan kadar keguguran, pengurangan risiko kecacatan pada organ utama (seperti jantung), perkembangan bayi yang baik, kadar kelahiran pra-matang yang lebih rendah, dan hasil yang lebih baik dari sudut perkembangan keseluruhan dan ujian psikologi standard sewaktu usia kanak-kanak.

Pakar juga berpendapat terdapat kaitan langsung antara mual-mual ketika hamil dan IQ anak yang dilahirkan. Secara purata, ibu-ibu yang mengalami morning sickness mendapat anak yang lebih tinggi IQ nya antara 4 ke 7 mata berbanding ibu-ibu lain.

 

Jadi ibu-ibu, jangan risau atau fikirkan yang negatif ya bila mengalami morning sickness. Sekiranya alahan ketika hamil yang anda alami tidak sampai ke tahap hyperemesis gravidarum, tiada apa yang perlu anda risaukan. In fact, jika di tahap hyperemesis gravidarum sekalipun, kesan terhadap bayi sangat minor. Pakar berpendapat, jika anda kekurangan berat badan akibat hyperemesis gravidarum, bayi anda juga mungkin dilahirkan kurang berat.

Apa-apapun, anda mesti mendapatkan rawatan sewajarnya secara berterusan sepanjang mengalami simptom morning sickness yang teruk. Sabar ya ibu-ibu, insyaAllah semua ini tak lama, dan masuk trimester kedua nanti ok lah hendaknya. Ameen.