Khasiat Kurma Untuk Ibu Hamil Dan Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera mommy 🙂

Bagaimana kandungan setakat ni? Masih dalam keadaan baik-baik atau ada yang sudah mula mengalami alahan? Mengidam yang pelik-pelik sampai si suami pun turut mengidam sama? Hehe. Normal la tu ye mommy. Semoga dipermudahkan proses bersalin nanti.

Kita nak kongsi sikit tentang makanan yang baik diamalkan sepanjang hamil dan selepas bersalin, iatu kurma.  Sememangnya kurma adalah makanan yang bagus dimakan kerana ia mempunyai pelbagai kandungan seperti zat besi, pottasium, gula yang tinggi, vitamin, nutrisi, kalsium dan protein.  Kurma sering dijadikan santapan ketika berbuka dan bersahur di bulan puasa kerana kandungan gula yang tinggi berupaya membekalkan sumber tenaga.  Jenis gula yang terdapat pada kurma adalah hasil pengolahan secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan.  Malah, ia merupakan makanan sunnah dan telah berabad lamanya diamalkan untuk kesihatan.  Dengan memakan kurma, seseorang itu boleh tahan lapar lebih lama dan merasa segar sepanjang seharian berpuasa.

Kurma digemari masyarakat bukan kerana rasanya yang manis sahaja, malah ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan.  Ia sangat bermanfaat pada tubuh badan manusia kerana nilai gizi yang tinggi.  Oleh sebab itu, ia merupakan salah satu makanan yang sangat bermanfaat untuk ibu hamil dan selepas bersalin.  Antara manfaat kurma untuk ibu hamil dan selepas bersalin :-

  1. Kalium – sangat baik untuk pertumbuhan tulang dan gigi pada calon bayi yang sedang dikandung.  Ia juga berperanan mengawal denyut jantung dan tekanan darah.
  2. Karbohidrat – Glukosa dan juga fruktosa yang terkandung dalam buah kurma berperanan cukup penting untuk menambah kekuatan sang ibu saat proses persalinan berlangsung.
  3. Hormon oksitosin – berguna dalam memperlancar proses persalinan dan memperlancar air susu ibu.
  4. Zat Besi & Vitamin B – berfungsi dalam proses pembentukan sel darah merah sehingga mampu mencegah anemia.
  5. Buah kurma memiliki kemampuan mengembalikan stamina setelah ibu melahirkan, kerana kurma kaya akan kandungan serat, protein dan glukosa, kadar gulanya sangat tinggi bagi sistem tubuh sehingga mudah terserap oleh tubuh dan diubah menjadi tenaga dalam waktu singkat
  6. Kalsium – Membantu menambah susu ibu

Di Danita juga, kami mempunyai jus pantang untuk dalaman ibu semasa berpantang, iatu Jus Humaira.  Jus Humaira ini mengandungi kurma, delima, manjakani, habbatussauda, buah tin, madu, vitamin C dan ekstrak aprikot.  Antara khasiatnya ialah :-

  • menguatkan rahim
  • mengeringkan luka dengan cepat
  • memriahkan susu badan
  • melancarkan peraliran darah
  • menghilangkan lesu dan sakit-sakit badan
  • mengurangkan senggugut
  • memberikan tenaga dan kesihatan yang lebih baik

In shaa Allah..Jadi, ibu-ibu yang sedang hamil dan berpantang sangat digalakkan memakan buah kurma sebagai sumber tenaga.  Selain rasanya yang manis, ia juga mudah dimakan begitu sahaja. Pahala pun dapat 🙂

Harga Jus Humaira ini ialah RM 60 sebotol (sm), RM 65 (SS).  Promosi dua botol RM 100 (sm), RM 110 (ss)

Boleh didapati dengan menghubungi kami di talian whatsapp :-

019-2080 948

019-3080 948

018-2648 094

 

atau layari website www.danita.com.my