Kebaikan Mandi Air Rebusan Herba

Amalan mandi air rebusan herba semulajadi ketika ibu berpantang telah terkenal sejak zaman dahulu lagi, kerana daun-daun herba ini mengandungi pelbagai khasiat yang mampu menyegarkan badan dan membaik pulih kesihatan secara dalaman dan luaran.  Ianya merupakan gabungan daun herba semulajadi, rempah ratus dan akar kayu yang diperolehi dalam hutan dan tanaman.

Gabungan pelbagai herba ini sering digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit dan kesannya sangat baik dan memuaskan.  Antara daun herba yang digunakan ialah DAUN CAPA, DAUN MERINGAN, DAUN INAI, DAUN PISANG KELAT, DAUN SERAI, DAUN PANDAN dan DAUN LAMUNI.  Kesemua jenis daun ini berupaya untuk menyegarkan badan dan membuatkan tubuh badan lebih rasa bertenaga dan cergas.  Oleh kerana itulah, kita jarang dengar orang zaman dahulu mendapat penyakit yang serius, kerana mereka mengamalkan kegunaan daun-daun herba semulajadi ini untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Selepas bersalin, semestinya ibu-ibu merasa lemah dan lesu kerana banyak tenaga telah dikeluarkan semasa proses kelahiran.  Otot-otot dan urat-urat dalam tubuh badan juga mengalami keregangan dan harus diubati sepanjang tempoh berpantang untuk mengembalikan tenaga.

Di Danita juga, kami menyediakan BUNJUT MANDIAN HERBA khas untuk ibu berpantang supaya dapat mengembalikan tenaga dan menyegarkan badan semula.  Di dalam bunjut mandian herba ini sudah dibungkus siap-siap dengan segala jenis daun herba yang sudah meluas digunakan dalam tujuan perubatan.  Antara kebaikan Bunjut Mandian Herba ini ialah :-

✔ menyegarkan kembali badan terutama kepada ibu selepas bersalin.
✔ mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin, melembutkan urat saraf.
✔ mengurangkan sengal tulang, sendi dan otot akibat proses meneran semasa kelahiran bayi.

Cara penyediaannya juga amat mudah iatu hanya merebus 1 bunjut dahulu sehingga mendidih.  Selepas itu campurkan sedikit dengan air biasa sehingga rasa suam-suam kuku untuk mandi.  Ibu-ibu berpantang sangat digalakkan untuk mandi air rebusan herba ini kerana ia kaya dengan pelbagai khasiat yang membantu menyegarkan badan semula.

Jangan sesekali mengabaikan kepentingan berpantang dan memandang remeh tentang penjagaan dalaman.  Rugilah jika kita tidak memanfaatkan dan merasai sendiri khasiat daun-daun herba semulajadi ini.  Segala yang dicipta oleh Allah s.w.t itu ada manfaat dan kebaikkannya yang harus kita terokai.  Mari kita kembalikan amalan berpantang tradisional nenek moyang kita agar kelebihannya dapat kita kongsi bersama.

Harga Bunjut Mandian Herba ini RM 50 (3 Bunjut). Untuk order, whatsapp 019 3700 948 atau layari website www.danita.com.my