Kebaikan Berpantang Selepas Bersalin

 

Sebagai seorang yang bergelar ibu atau bakal bergelar ibu, mereka sepatutnya merasa bertuah kerana berpeluang merasai pengalaman berpantang.  Walaupun ada  sesetengah yang beranggapan berpantang itu pengalaman yang agak ‘menyiksakan’, tetapi ia sebenarnya satu proses yang sangat bermanfaat dan banyak kebaikkan.

Berpantang merupakan satu fasa pemulihan atau proses rawatan untuk ibu selepas bersalin bagi memulihkan tenaga luaran dan dalaman, dan memastikan agar ibu kembali sihat dalam jangka masa yang panjang.  Semasa proses bersalin, tenaga ibu banyak digunakan sehingga ibu mengalami keletihan dan sakit-sakit badan. Oleh itu, bagi memastikan keadaan ibu kembali pulih, mereka harus berpantang sekurang-kurangnya selama 44 hari selepas bersalin.  Antara rutin berpantang ialah bertungku, berbengkung, berurut, mandi ramuan herba, berpilis, berparam, dan bertangas.

Dalam adat masyarakat Melayu, berpantang merupakan satu kemestian untuk ibu-ibu selepas bersalin.  Banyak manfaat dan kebaikan yang diperoleh sepanjang tempoh berpantang.  Jika tidak berpantang, badan akan mudah mengalami kesakitan yang melibatkan bahagian peranakan, urat sendi dan sebagainya.  Kaum lain seperti Cina dan India juga mengamalkan proses berpantang tetapi berbeza mengikut adat dan budaya.  Pendek kata, masyarakat memang mementingkan proses berpantang, bermula sejak zaman dahulu hinggalah zaman moden.

Pemakanan juga merupakan salah satu aspek yang harus diambil kira.  Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang dilarang diambil oleh ibu yang baru bersalin.  Namun, makanan tersebut perlulah diganti dengan makanan lain daripada kumpulan makanan yang sama bagi memastikan zat makanan tersebut dapat diperoleh.  Walaubagaimanapun, para ibu haruslah mendapatkan khidmat nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Untuk info lanjut, whatsapp 019-3700 948 atau layari website www.danita.com.my