Keadaan Ibu Selepas Bersalin

Assalamua’laikum mommies dan selamat sejahtera ūüôā

Bagaimana berpantang setakat ini? Ada yang masih mengekalkan adat berpantang turun temurun seperti bertangas, berdiang dan sebagainya? Atau ada yang berpantang secara moden, ringkas dan mudah sepertimana ibu-ibu zaman sekarang berpantang? Tak kisahlah bagaimanapun, asalkan amalan berpantang tu jangan sesekali ditinggalkan.  Tolong jangan pandang remeh amalan berpantang ni sebab banyak kebaikannya untuk kesihatan kita selepas bersalin. Rugi sangat kalau tak berpantang dan tak jaga badan lepas bersalin.  Al maklum lah, banyak tenaga telah digunakan sepanjang kita hamil, terutamanya semasa melahirkan anak.  44 hari saja..masa ni la kita nak berpantang betul-betul untuk memulihkan tenaga kembali.

Tak dinafikan, amalan berpantang seperti bertungku, bertuam, mandi herba, berbengkung, berurut, berpilis dan sebagainya agak leceh dan mengambil masa yang lama untuk betul-betul pulih.  Aspek pemakanan juga harus diambil berat sepanjang tempoh berpantang.  Pendek kata, dari semua aspek harus dijaga untuk memastikan keadaan kita kembali pulih seperti sedia kala.  Tetapi jangan lupa, berpantang ini mempunyai kesan dan hasil yang baik untuk jangka masa panjang.  Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta.  Namun, apabila melalui kelahiran yang banyak, usia pula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan sebagainya.

Antara keadaan ibu selepas bersalin ialah :-

1. Rahim turun

Kebiasaannya, perempuan lepas bersalin akan berdepan dengan risiko rahim jatuh.  Ini kerana otot yang memegang rahim akan merenggang akibat peneranan yang kuat semasa proses kelahiran.  Antara akibat rahim jatuh ialah susah atau kerap buang air kecil, gangguan hubungan kelamin, sakit pinggang, kerap mengalami keputihan dan lain-lain.

2.  Luka Bersalin

Bagi wanita yang bersalin secara pembedahan, luka bersalin lebih ketara berbanding bersalin secara normal. Ini kerana ia melibatkan proses pembedahan dan jahitan di bahagian perut untuk mengeluarkan bayi.  Untuk memastikan luka jahitan benar-benar sembuh, satu jangka masa yang panjang diperlukan sekurang-kurangnya 60 hari.  Bertungku, mandi, berbengkung perlu dilakukan selepas luka sembuh.

3. Lesu dan sakit-sakit badan 

Normal jika wanita lepas bersalin mengalami rasa penat dan sakit-sakit badan kerana banyak tenaga dikeluarkan.  Badan perlu rileks setelah penat bekerja.  Setelah itu, urutan badan perlu dilakukan untuk memulihkan kembali tenaga ibu, menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang terasa lesu dan melancarkan perjalanan darah.

4. Payudara Selepas Bersalin

Payudara adalah aset terpenting bagi wanita.  Payudara setiap wanita yang baru lepas bersalin akan kendur dan mengecut.  Ia terjadi kerana masa mengandung berat badan kita naik secara mendadak dan berisi..kemudian lepas bersalin, berat kita turun dengan mendadak.  Sebab tu breast jadi kendur sebab lemak-lemak yang berada di bahagian payudara akan hilang sekelip mata.  Bila susu tak diperlukan lagi, maka breast akan kendur dan kosong.  Kerap melahirkan juga menjadi penyebab breast kendur kalau kita tak jaga dengan betul dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Itu antara kesan yang biasa dialami selepas bersalin.  Lebih-lebih lagi, bagi wanita yang telah melalui banyak proses kelahiran.  Oleh itu, ibu-ibu perlu berpantang sebaik sahaja bersalin untuk memulihkan kembali tubuh badan dan sebagainya.  Ibu-ibu perlulah sentiasa menjaga kesihatan diri kerana banyak tugas yang dilakukan seperti menjaga bayi, rutin harian seperti mengemas, memasak dan sebagainya.

BAGAIMANA NAK ATASI PERKARA INI?

Selain berpantang, ibu-ibu juga harus mengamalkan supplemen seperti jamu, jus dan sebagainya untuk mengekalkan tahap kesihatan.

Di Danita, ibu-ibu disyorkan untuk mengamalkan Jus Humaira sebagai jus ketika berpantang.  Selepas bersalin, banyak tenaga dan luka dalaman berlaku.  Jus ini sangat membantu memberi tenaga dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman.  Ia juga sesuai untuk menambah susu ibu dengan izinNya.

Bahan-bahan Jus Humaira ialah madu, kurma merah, buah delima, manjakani, vitamin C dan kolagen.  Antara khasiat Jus Humaira untuk ibu berpantang ialah :-

  • menguatkan rahim
  • mengeringkan luka dengan cepat
  • menganjalkan payudara dan punggung
  • memeriahkan susu badan
  • mengurangkan keputihan
  • melancarkan peraliran darah
  • menghilangkan lesu dan sakit-sakit badan
  • menghalus dan mencerahkan kulit
  • memperbetulkan kitaran haid
  • memberikan tenaga dan kesihatan yang lebih baik

Dapatkan Jus Humaira sebagai peneman anda ketika berpantang. Boleh didapati secara whatsapp 019 3700 948 (Hanis) atau layari website kami di www.danita.com.my