Jenis Darah Selepas Bersalin

Terdapat tiga jenis darah yang keluar selepas bersalin.  Antaranya ialah darah nifas, darah bantal dan darah bayam.  Tidak ramai ibu yang mengetahui tentang jenis darah ini dan komplikasinya jika tidak dikeluarkan sepenuhnya.  Mari kita baca satu persatu tentang jenis darah yang keluar selepas bersalin ini.

1. Darah Bantal

Darah bantal ialah darah yang terkumpul selama sembilan bulan di dalam merian bersama uri yang dikenali sebagai “bantal”atau “alas bayi”.  Darah bantal ini saiznya sebesar penumbuk tetapi bertekstur lembik dan lazimnya ia keluar sebaik sahaja uri dikeluarkan.  Pada hari pertama dan kedua berpantang, ia akan keluar berketul dan terkadang terasa seperti seketul daging yang keluar di bahagian sulit ibu.

Pada kebiasaannya, darah bantal ini keluar bersama ketika uri dikeluarkan.  Bidan atau ahli perubatan moden juga perlu melakukan kaedah mengeluarkan darah bantal dari rahim ibu. Ini kerana, darah bantal akan menyebabkan ibu mengalami kesakitan di bahagian ari-ari seperti sakit hendak bersalin jika tertinggal atau dibiarkan medap di dalam rahim ibu.  Jika ini berlaku, ibu akan mudah terkena penyakit meroyan, bentan, ketidakseimbangan hormon dan berisiko mengalami sebarang ketumbuhan dalam rahim seperti fibroid, cyst atau kanser rahim.

Selain itu, perut ibu akan kelihatan buncit, mempunyai wajah yang sembap dan bentuk badan macam perempuan yang sedang hamil jika darah bantal tidak keluar sepenuhnya.  Oleh itu, darah bantal mesti dikeluarkan sebaik sahaja bersalin secara beransur-ansur selama sebulan, dan diikuti dengan keluaran “darah bayam”.

2. Darah Bayam

Darah bayam ialah darah beracun yang lazimnya keluar pada hujung tempoh pengaliran darah nifas.  Ianya seakan-akan kuah sayur bayam yang berwarna kehijauan atau kekuningan, berlendir, dan berbau busuk.  Ianya amatlah penting untuk dikeluarkan setiap kali selepas bersalin.  Antara akibat jika darah bayam tidak dikeluarkan ialah ibu akan berasa seram sejuk, mudah letih, lenguh pinggang, mata ibu yang dahulu terang, menjadi kabur dan senang sakit kepala.  Kebanyakan penghidap masalah ini mengalami lelehan faraj yang berbau, menyebabkan kegatalan atau menjadi infleksi.  Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti ia akan menganggu aktiviti harian ibu sebagai isteri.  Oleh itu, amat penting untuk ibu mengetahui dan prihatin tentang jenis darah yang keluar selepas proses kelahiran.

3.  Darah Nifas

Darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim ibu setelah seorang ibu melahirkan.  Darah nifas akan keluar bersama-sama dengan darah bantal sedikit demi sedikit.  Pada minggu pertama, ciri darah nifas ini seperti darah haid tetapi warnanya kehitaman pekat, berlendir dan berbau busuk.  Selepas itu, darah yang keluar adalah sederhana cair sehinggalah berdebu kehitaman atau berwarna coklat.  Darah nifas tidak boleh berhenti terlalu awal, sepatutnya ia berhenti pada minggu ketiga atau sebulan tepat.

whatsapp 019-3700 948 atau layari website www.danita.com.my