JANGAN ‘SKIP’ MAKAN ASID FOLID

“Tak boleh nak telan asid folid ni tiap-tiap hari. Boleh ke tak nak makan asid folid ni”.

Asid folik memang sinonim dengan ibu mengandung. Malah, wanita yang sedang merancang untuk hamil juga disarankan untuk mengambilnya sebagai langkah awal dan persediaan bagi kehamilan yang sihat. Nanti kalau pergi checkup kat klinik kesihatan, mesti nurse tanya asid folid makan tak? kalau jawab tak makan, mesti kene marah dengan nurse. Memang penting pon Asid Folid untuk bayi dalam kandungan.

Ada 4 kepentingan Asid Folic kepada ibu mengandung:-


1) Mengelakkan kecacatan tiub saraf

Folik Asid sangat penting diambil di awal kehamilan, hal ini kerana folik asid memainkan peranan dalam membantu penghasilan sel darah merah & pembentukan tiub saraf bayi.

Tanpa folik asid yang mencukupi untuk badan kita semasa hamil kemungkinan ia akan menyebabkan

  1. Tiub neural bayi anda tidak berkembang dengan baik
  2. Mengalami masalah yang dipanggil kecacatan tiub neural.


2) mengurangkan risiko sumbing

selain masalah kecacatan tiub saraf, pengambilan asid folik juga penting bagi mengurangkan risiko terhadap sumbing (cleft lip / cleft palate) pada bayi yang dilahirkan.


3) Mencegah Anemia

Bukan saja penting untuk bayi, tetapi asid folik mempunyai peranan signifikan dalam memproduksikan sel darah merah, sekaligus mencegah masalah anemia semasa mengandung.

Sebagai tambahan, ia turut membantu proses pembahagian dan perkembangan sel, sintesis serta membaikpulih DNA & RNA.

 


4) Mengurahkan risiko komplikasi sepanjang kehamilan dan kelahiran

Akhir sekali, pengambilan asid folik secukupnya dapat membantu ibu-ibu mengurangkan risiko terhadap komplikasi kehamilan dan kelahiran seperti keguguran, kurang berat, dan pre-eclampsia.


P/S Namun, anda harus tahu bahawa kandungan asid folik di dalam makanan boleh termusnah apabila makanan tersebut dimasak terlalu lama. Oleh itu, makanan yang dimasak sekejap atau dimakan mentah lebih baik untuk memastikan asid folik yang ada di dalam makanan tersebut kekal.

 

SET BERSALIN DANITA

Mencari SET BERPANTANG TRADISIONAL VERSION MODEN yang MUDAH GUNA & TAK LECEH?
Jom Klik:
📲 http://www.wasap.my/60192080948/SBDANITA

📲 http://www.wasap.my/60193700948/SBDANITA

📲 http://www.wasap.my/60193080948/SBDANITA

📲 http://www.wasap.my/60102050948/SBDANITA

atau layari website untuk order, www.danita.com.my

Leave A Response

* Denotes Required Field