Hi, Si Comel Mama! Tengah Buat Apa Tu?

Cer usap perut sikit.. Apabila menginjak ke trimester kedua, baby bump dah semakin obvious kan? Masa ni biasanya orang dah mula perasan yang anda hamil.

Rasa-rasanya dah ramai yang mula buat koleksi baju maternity, almaklumlah baju-baju biasa semuanya dah sendat. Penting untuk anda pastikan pakaian yang anda pakai ketika hamil bukan saja cantik malah cukup selesa, materialnya berkualiti dan memudahkan anda melakukan rutin harian.

Terdapat banyak butik pakaian maternity sekarang ni, nak beli secara online pun boleh.Macam-macam pilihan dan design ada. ?

Anda tahu tak, amalan mengusap perut dan bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan sangat bagus kerana anda sedang merangsang bayi anda dan pada masa yang sama mengeratkan hubungan ibu dan bayi.

Bagi kandungan yang sudah masuk ke trimester kedua, deria pendengaran bayi sudah mula terbentuk sedari awal kehamilan dan dan terus berkembang dan mula berfungsi seawal minggu ke 16 (bayi sudah boleh mendengar sedikit bunyi ketika ini).

Bayi anda sebenarnya boleh mendengar suara ibunya pada usia 24 minggu! Kajian menunjukkan fetus boleh mendengar degupan jantung ibunya dan boleh mendengar suara disekelilingya, malah menoleh kearah suara yang didengari walaupun masih dalam kandungan.

Oleh sebab itulah anda dan suami sering dinasihatkan agar memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada bayi dalam kandungan, mudah-mudahan anda mendapat anak yang soleh dan solehah. ?

Tentu tak sabar nak rasa tendangan dan gerakan bayi dalam perut anda kan? Bila anda letakkan tangan pada perut, tentu terfikir, entah apalah baby tengah buat sekarang atau bila nak tendang mama ni..

Merasa tendangan, gerakan, pusingan mahupun tumbukan bayi dalam rahim anda tentu saja cukup mengujakan sehinggakan anda boleh lupa pada keletihan atau sakit-sakit belakang yang sedang anda alami.

Sukar nak gambarkan perasaan itu, namun setiap kali gerakan bayi kecil anda dapat dirasakan, ia memberi keyakinan kepada anda bahawa ‘he’s doing ok’ dan aktif pula tu! Alhamdulillah.

Bila sebenarnya tendangan kali pertama boleh dirasakan? Ok, jom saya ceritakan dengan lebih detail tentang gerakan bayi mengikut fasa trimester pertama, kedua dan ketiga agar anda lebih faham apa yang sebenarnya berlaku dalam rahim anda. ?
Gerakan Fetus Dalam Trimester Pertama ?

Ketika ini fetus anda hanyalah dalam bentuk kumpulan sel yang sedang membahagi dengan pantas. Sebenarnya, bayi anda bergerak sepanjang masa sejak dari awal kehamilan.

Disebabkan saiznya yang kecil dan ruang didalam rahim yang masih begitu luas untuknya, maka gerakan bayi anda tak terasa, andakan tengah morning sickness masa tu.

Kalau scan selepas 3 bulan, anda boleh nampak bayi anda macam menari-nari dalam perut. Sewaktu imbasan yang dilakukan dalam trimester pertama, doktor akan mengesan degupan jantung bayi dan memeriksa ukuran kantung bayi bagi menentukan saiz dan usia kandungan. ?

 

Gerakan Fetus Dalam Trimester Kedua ? 

Ok, kita dah sampai ke part yang paling exciting sekarang. Bila nak rasa first kick? Minggu keberapa? Untuk pengatahuan anda, antara minggu ke 14 hingga ke 26 bayi gerakan halus mula terasa dari dalam perut anda, namun tidak semua orang sama, ada yang merasakannya lebih awal, ada yang terkemudian.

Secara puratanya, untuk lebih spesifik ramai ibu mula merasa gerakan pada usia 18 hingga 22 minggu, bergantung kepada kedudukan plasenta. ?

Macam mana rasa tendangan baby tu? Agak sukar untuk saya describekan disini, sudah tentu ibu punyai deskripsi tersendiri. Apa yang boleh saya katakan, pada permulaannya anda mungkin rasa macam ada rama-rama dalam perut (sama seperti ketika anda nervous).

Mungkin seperti bubble yang tiba-tiba pecah, atau rasa seperti baru lepas turun dari roller coaster. Amacam, boleh bayang tak? Itu untuk premulaan saja, bila baby semakin besar, memang obvious gerankannya nanti.

Tak kisahlah bagaimana rasanya, yang pasti apabila tiba masanya nanti anda pastu tersenyum dan cepat-cepat pegang perut, lepas tu suruh suami pula pegang di tempat yang sama. Macam tu lah setiap kali. Seronoknya sukar nak digambarkan. Alhamdulillah, anda diberi peluang untuk merasai nikmat bergelar ibu. ?

Tapi, bila baby anda aktif bergerak, jangan pula ada yang fikir pelik-pelik ya, hyperaktif la macam-macam. Harus anda ingat, bayi adalah seorang individu yang sama seperti kita, di mana aktivitinya, tindak-balasnya, rhythm dan patternnya berbeza-beza.

Jangan sekalikali comparekan gerakan bayi dalam kandungan anda dengan bayi ibu yang lain atau bandingkan dengan anak-anak terdahulu. Memang tak sama. Anda tak perlu stress ya, gerakan bayi bukan satu-satunya cara menentukan bayi anda sihat atau tidak.

 

Bila waktunya gerakan bayi paling terasa?

Ketika waktu siang atau ketika anda sibuk bekerja, biasanya anda tidak begitu perasan akan tendangan bayi anda, mungkin juga bayi anda tertidur dek aktiviti dan gerakan anda sendiri, lagipun anda lebih fokus kepada perkara yang lain. Cuba perhatikan, anda akan persan gerakan yang lebih obvious ketika:

1) Anda mahu tidur – waktu ni anda biasanya sudah rileks dan lebih peka terhadap tubuh, jadi jika bayi anda menendang ketika ini, anda tentu boleh rasa

2) Selepas makan – peningkatan paras gula dalam darah selepas menjamah makanan mungkin memberikan tenaga tambahan kepada bayi anda, jadi bayi mungkin lebih aktif

3) Bila anda berasa resah / nervous – Andrenalin juga boleh memberi kesan sebagaimana selepas anda makan, baby mendapat lebih energi ketika ini dan agak aktif bergerak.

 

Gerakan Fetus Dalam Trimester Ketiga ?

Apabila dah masuk ke trimester ketiga, gerakan bayi dalam perut anda semakin ketara dan kerap terasa. Perutpun sekejap-sekejap mengeras, dan seringkali kontraksi Braxton Hicks berlaku, ia berlarutan sepanjang trimester ketiga.

Sebaik sahaja anda mula masuk ke minggu ke 28 kehamilan, anda akan diajar bagaimana untuk mengira gerakan bayi anda. Fahami bagaimana cara pengiraan yang betul dan buat catatan dalam buku merah kerana ia sangat penting untuk mengetahui bahawa bayi anda kekal aktif dan sihat sehinggalah tiba waktu untuk dilahirkan.

Jika bayi anda bergerak atau menendang kurang dari 10 kali dalam tempoh 2 jam, segeralah dapatkan pemeriksaan lanjut.

====================================

Mencari SET BERPANTANG TRADISIONAL VERSION MODEN yang MUDAH GUNA & TAK LECEH?

SET BERSALIN DANITA

Leave A Response

* Denotes Required Field