BERPANTANG CARA TRADISI DALAM DUNIA MODEN

Dalam kehidupan yang serba moden sekarang ni, jangan kita lupa pada cara berpantang tradisional. Selagi kita bergelar wanita, penjagaan dalaman dan luaran perlu di utamakan. Begitu juga perihal selepas bersalin. Sesungguhnya pelbagai kaedah dan rawatan yang disajikan kepada ibi-ibu moden sekarang. Namun yang demikian, amalan atau cara-cara berpantang tradisi jangan la kita lupakan.

Hari ni kita nak kongsikan beberapa cara berpantang tradisi dalam kemodenan.

 

RUTIN BERPANTANG

  • Urutan

Sangat digalakkan berurut semasa dalam pantang. Terutama tiga hari pertaman selepas bersalin.

Kelebihan: Antaranya, memulihkan tenaga, menjaga kesihatan wanita dan melancarkan pengaliran darah. Jika pengaliran darah tidak lancar atau tersekat, itulah yang menjadi punca sakit-sakit badan selepas bersalin.

 

  • Bertungku

Dilakukan pada waktu pagi selepas berurut dan sebelum berbengkung. Bertungku     seeloknya tiga hari bertuturut-turut menggunakan batu sungai yang di balut dengan daun mengkudu atau daun-daun herba.

Kelebihan: membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku, memecahkan lemak dan mengecutkan rahim. Selain itu, bertungku juga dapat mengembalikan tenaga selepas bersalin.

 

  • Bersalai

Bersalai juga dikenali sebagai bersiang. Dilakukan dengan cara mengiring dan membelakangkan bara api.

Kelebihan: bertujuan memanaskan badan bagi ibu bersalin, mengelakkan sakit pinggang dan mengecutkan rahim

 

  • Mandi akar kayu

Antara akar kayu yang perlu dipilih dan direbus untuk menjadikan mandian ialah halba, bunga cengkir, daun sambung nyawa serta bacaan bebrapa ayat suci Al-Quran. Digalakkan mandi herba pada waktu pagi sebelum berurut, tiga hari pertaman selepas bersalin.

Kelebihan: daun2 herba ini seakan-akan aromaterapi yang memberi aura segar dan mampu membuatkan badan ibu-ibu bersalin merasa lebih segar dan selesa.

 

  • Mandi Bunga

Dilakukan dalam tempoh berpantang dengan mencampurkan bunga-bungan dan serai wangi yang memberi aura kesegaran badan.

Kelebihan: Aroma yang dibekalkan dari bunga-bungan membolehkan seseorang berasa segar, mengharumkan badan, memulihkan semangat, mengembalikan seri wajah, mengeluarkan sel mati dan memberi daya tarikan yang menawan dan menyenangkan orang melihat.

 

  • Sapuan kapur

Bertindak mengempiskan perut dengan cara menyapukan kapur yang dicampur jus limau nipis pada perut selepas beberapa hari bersalin.

Kelebihan: mengempiskan perut yang buncit dan membakar lemak. Namun, amalkan petua ini selama 44 hari berpantang dan dilalukan secara berdisiplin.

 

  • Rawatan “pelepas”

Dilakukan selepas hari ketiga bersalin. Ia menggunakan bahan seperti benang ‘mentah, kelapa biji dan bacaan ayat Al-Quran. Rawatan ini melinatkan ibu dan bayi. Ia juga dikenali sebagai penutup berpantang.

Kelebihan: dikatakan untuk membuang masalah meroyan dalam badan dan kesihatan badan serta dikatakan mengelakkan sebarang gangguan makhluk halus.

 

Ibu-ibu kini mempunyai pilihan sama ada berpantang secara tradisional atau moden.

Berpantang secara moden bukanlah bermakna ‘segera’. Ia adalah cara berpantang tradisional yang telah dipermudahkan caranya dan masih mementingkan rawatan agar ibu kembali pulih, sihat dan cantik selepas bersalin.

 

Mencari SET BERPANTANG TRADISIONAL VERSION MODEN yang MUDAH GUNA & TAK LECEH?
Jom Klik:
📲 http://www.wasap.my/60192080948/SBDANITA

📲 http://www.wasap.my/60193700948/SBDANITA

📲 http://www.wasap.my/60193080948/SBDANITA

📲 http://www.wasap.my/60102050948/SBDANITA

atau layari website untuk order, www.danita.com.my

Leave A Response

* Denotes Required Field