6 Tips Agar Cekal Berpantang Sendiri

Berpantang selepas bersalin.. tak boleh culas, tak boleh malas, tak boleh take for granted sekalipun anda sudah ada pengalaman bersalin sebelum ini. Lain anak, lain pengalaman melahirkannya.

Kalau berpantang di rumah mak lain cerita.. Mak sentiasa ada untuk mengawasi kita dan mengingatkan itu ini. Tapi kalu terpaksa atau memilih untuk berpantang sendiri macam mana?

Jangan risau, jangan panik dan paling penting jangan sedih-sedih tau. Jom ikuti 6 tips persedian awal berpantang sendiri, antaranya;

MENTAL & EMOSI

Mental & fizikal perlulah sentiasa positif. Jangan fikir berpantang sendiri itu susah, memenatkan atau apa saja yang negatif. Shuuhh! Buang fikiran negatif jauh-jauh. Yakinlah anda boleh berpantang sendiri biarpun tanpa ibu atau peneman yang lain, emosi mesti kental.

Suami dan Allah kan ada.. Jangan sedih-sedih tau. Semuanya akan baik-baik saja. Be positive,and stay positive sepanjang proses berpantang nanti ya. Yang penting anda buat persediaan secukupnya sebagaimana yang akan saya kongsikan dalam artikel ini.

FIZIKAL

Saya yakin sepanjang proses kehamilan ini anda menjaga diri sebaiknya. Bagus, teruskan macam tu ya. Namun, bila dah mula masuk trimester ketiga, semuanya mula rasa serba tak kena.

Kandungan dah semakin membesar, badan anda pun semakin membesar hinggakan nak duduk tak selesa, nak terlentang rasa berat, mengiring pun susah, berjalan semput-semput, semua kedudukan rasa macam tak kena. Sabar ya ibu-ibu. 

Let’s face it, dah hujung kehamilan, anda mula rasa penat. Penting untuk anda terus jaga diri, jaga pemakanan dan bersenam supaya anda physically well prepared untuk proses kelahiran nanti. Ingat, anda nak berpantang sendiri tau, jadi fizikal mestilah tip top.

Sebaik sahaja keluar dari hospital, proses berpantang sendiri bermula. Jadi pastikan selain dari kesan pasca kelahiran, fizikal anda sudah bersedia untuk mengharungi cabaran berpantang sendiri di rumah.

ATUR JADUAL

Sediakan jadual rutin harian sepanjang 40-44 hari berpantang. Anticipate rutin harian anda dan bahagikan tugasan dengan suami.

Masa paling kritikal adalah waktu awal pagi, pandai-pandailah bahagikan tugas ya. Antara contoh rutin tugasan sepanjang tempoh berpantang adalah; 

  • Pengurusan diri sendiri (mandi, berurut, bertungku, berbengkung, penjagaan luka bersalin dan sebagainya)
  • Pengurusan bayi (memandikan, menyusu, menidurkan, mengepam susu)
  • Pengurusan rumah tangga (memasak, mengemas rumah, mencuci pakaian) 
  • Pengurusan anak-anak lain dan sebagainya. 

Atur jadual sebaiknya dan dapatkan bantuan suami untuk tugasan tertentu. Ingin saya ingatkan disini, jika anda bersalin secara normal, pastikan rehat secukupnya untuk sekurang-kurangnya seminggu, jika bersalin secara pembedahan rehat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum anda mula melakukan apa saja tugas sendiri.

Tempoh 1-2 minggu ini tersangat kritikal untuk ibu-ibu pulihkan tenaga dan luka dalaman setelah berhempas-pulas melahirkan si comel anda. 

Jangan ambil mudah ya, sekalipun anda tak mahu menyusahan sesiapa jangan sampai menyusahkan diri sendiri pula.

Minimumkan dan hadkan tugasan anda sehingga anda benar-benar bertenaga. Dalam tempoh inilah anda perlu mula berurut, bertungku, berbengkung dan sebagainya.

Nanti saya kongsikan bagaimana Set Bersalin Danita boleh membantu anda berpantang sendiri dengan mudah, praktikal dan masih menekankan konsep tradisional.

SET BERSALAIN MESRA PANTANG SENDIRI

Berpantang selepas bersalin adalah proses yang sangat penting untuk:

  • MENGEMBALIKAN TENAGA selepas berhempas-pulas ‘berjuang’ untuk melahirkan baby tersayang
  • MEMULIHKAN luka dalaman dan luaran dek tekanan yang hebat semasa proses bersalin
  • MENJAGA KESIHATAN FIZIKAL, EMOSI & MENTAL ibu selepas bersalin supaya boleh focus menjaga baby pula, juga untuk kesihatan jangka masa panjang
  • MENJARAKKAN KEHAMILAN yang seterusnya

Set Bersalin Danita dirumus khas dari 100% bahan alami yang amat sesuai untuk para ibu yang menjalani proses berpantang mengikut amalan turun-temurun nenek moyang kita.

Nak berurut, bertungku, mandi herba, berbengkung, pilis dan param semuanya lengkap dengan Set Bersalin Danita. Cara nak guna pun mudah, sangat sesuai untuk ibu-ibu berpantang sendiri.

Betul.. semuanya boleh anda lakukan sendiri dengan Set Bersalin Danita. Nak tahu lebih detail, boleh klik Link ini Set Bersalin Danita

13895501_1096684353741471_8889695091636649987_n

PEMAKANAN KETIKA BERPANTANG

Sediakan menu berpantang sepanjang 40-44 hari, juga senarai barang dapur yang anda perlukan sepanjang tempoh tersebut. Nanti anda boleh follow jer menu tu, nak minta suami tolong pergi beli barang dapur pun senang.

Anda perlu ketahui apa yang boleh dan tidak boleh dimakan dalam tempoh berpantang. Apabila berpantang sendiri, bukan hanya pemakanan ibu yang perlu difikirkan.

Anda juga perlu menyusun menu untuk seisi keluarga yang lain, juga menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk memudahkan proses memasak nanti. Jadi, pastikan anda siapkan plan pemakanan dan senarai bahan-bahan sebelum bersalin ya, kalau tidak kelam-kabut nanti.

Nantikan artikel akan datang, saya bakal kongsikan tentang pemakanan dalam pantang pula, untuk rujukan ibu-ibu semua ya. 

TIPS TAMBAHAN

Untuk memudahkan dan menjadikan proses berpantang sendiri anda lebih selesa dan teratur, selain dari tips di atas anda juga boleh:

  • Menempah bidan atau tukang urut lebih awal supaya bila dah bersalin nanti tak perlu kelam-kabut. Jika perlu anda juga boleh mengupah mereka untuk membantu menguruskan bayi untuk beberapa hari pertama selepas kelahiran jika perlu.
  • Mengambil ‘instant maid’ untuk membantu pengurusan rumah seperti mencuci pakaian dan mengemas rumah, ini mungkin penting untuk 1-2 minggu pertama selepas kelahiran kerana anda masih belum cukup kuat untuk melakukan tugasan rumah.
  • Menghantar anak-anak lain ke taska jika perlu.
  • Membeli barang dapur secara berkala (mingguan atau bulanan) atau mengikut keperluan. Untuk tujuan ini, pastikan senarai barang yang hendak dibeli disediakan, ini memudahkan suami anda. Ataupun, satu alternatif lagi di zaman sekarang ni, anda juga boleh order online sahaja. Barang basah pun ada yang buat delivery tau. Order, tunggu dan bayar saja. Mudahkan.

Itu saja 6 tips berpantang sendiri yang sempat saya kongsikan kali ini. Semoga proses berpantang ibu-ibu dipermudahkan oleh-Nya. Ameen.