5 Tips Mengharungi Keguguran Tak Terduga

Siapa yang sanggup mengharungi keguguran? Bukan mudah melalui detik kehilangan cahaya mata yang dinanti-nantikan. Rasanya baru beberapa minggu yang lalui ibu dan ayah tersenyum girang bila doktor confirmkan yang kalian bakal menimang cahaya mata. Biarpun hanya melihat si kecil melalui ultrasound, anda tahu dia sedang membesar dalam rahim anda.

Malangnya harapan berkecai dengan tiba-tiba. Belum sempat nak bertemu mata dengan zuriat yang sangat diharapkan, Allah terlebih dahulu menjemputnya kembali. Tak apalah ibu dan ayah, ternyata perancangan Allah lebih teliti dan istimewa buat kalian. Bayangkan, betapa bertuahnya kalian kerana sudah ada waris yang menantikan ibu dan ayah di syurga.

Namun, sudah pasti kehilangan tak terduga ini cukup sukar khususnya buat ibu. Mungkin ada ibu yang kebingungan, seperti tak percaya akan apa yang berlaku, tak tahu pula apa yang patut anda expect dan bagaimana nak mengharungi situasi ini dan seterusnya kembali tenang dan bersedia untuk kehamilan seterusnya. Biar saya bantu ibu dengan 5 tips mengharungi keguguran tak terduga dalam artikel ini.

 

1. Kosongkan Rahim Kembali.  

  • Anda mungkin sudah mendengar penjelasan dari doktor tentang kenapa keguguran ini terjadi kepada anda. Yakinlah dengan kepakaran mereka, dan terimalah usul dari doktor anda mengenai kaedah untuk mengosongkan rahim kembali. Sebenarnya terdapat dua situasi kuguguran iaitu keguguran lengkap dan tidak lengkap.
  • Keguguran lengkap biasanya melibatkan kandungan di peringkat awal trimester pertama. Ia menunjukkan simptom seperti sakit perut yang kuat diikuti dengan pendarahan yang banyak. Dalam situasi ini, biasanya keguguran sudah lengkap kerana tisu-tisu fetus sudah dikeluarkan sepenuhnya dari rahim ibu melalui pendarahan tadi. Jadi, sebaik sahaja pendarahan berhenti, rahim sudahpun dikosongkan sepenuhnya untuk kitaran haid seterusnya.
  • Keguguran tidak lengkap pula melibatkan kandungan yang lebih besar, mungkin di penghujung trimester pertama atau awal trimester kedua di mana fetus sudah mula membentuk sifatnya. Bagi kes sebegini, doktor biasanya akan mencadangkan beberapa kaedah pengosongan rahim untuk memastikan tiada tisu-tisu fetus dan placenta yang tertinggal di dalam rahim yang boleh mengakibatkan komplikasi yang tidak diingini kepada ibu. Antara kaedahnya adalah:

(1) Menunggu sehingga pendarahan berlaku dengan sendirinya. Kaedah ini mungkin mengambil masa berhari-hari atau berminggu-minggu sebelum badan anda bertindak-balas untuk mengeluarkan tisu-tisu fetus dan placenta secara semulajadi dan meneruskan kitaran haid seperti sedia-kala.

(2) Pengambilan ubat-ubatan untuk mempercepatkan proses keguguran lengkap. Antara ubat-ubatan polular bagi kaedah ini ialah mifepristone atau misoprostol bagi mempercepatkan tindak-balas tubuh. Selepas beberapa hari makan ubat, anda mungkin akan mula mengalami pendarahan untuk mengeluarkan tisu-tisu fetus dan placenta. Walaubagaimanapun, keberkesanan ubat ini bergantung kepada individu, ada yang cepat dan ada yang lambat.

(3) Pembedahan Minor yang dinamakan Dilatation & Curettage (D&C). Dalam procedur ini, doktor akan mengeluarkan atau mengikis saki-baki tisu fetus dan placenta dengan menggunakan peralatan D&C. Pendarahan selepas prosedur ini mungkin berlangsung tak lama, maksimum kira-kira seminggu. Biarpun jarang berlaku, anda mungkin terdedah kepada sedikit komplikasi akibat D&C.

Bagi menentukan kaedah mana yang paling sesuai, doktor dan ibu perlu mempertimbangkan perkara seperti sudah berapa lama ibu mengalami simptom keguguran, tahap emosi dan fizikal ibu, risiko dan manfaat kaedah pilihan kepada ibu dan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui pencetus keguguran.

 

2. Ketahui Komplikasi Yang Mungkin Berlaku  

Sekalipun keguguran yang ibu lalui berlaku secara natural dan relatively tidak begitu menyakitkan, pakar perubatan mungkin akan membuat penilaian dan pemeriksaan terhadap anda selama beberapa minggu bagi memastikan anda tidak menunjukkan sebarang masalah atau komplikasi pasca keguguran.

Jangan risau, komplikasi pasca keguguran memang jarang berlaku. Penting untuk anda perhatikan, jika pendarahan yang anda alami menjangkau lebih 7 hari,  ini mungkin petunjuk bahawa terdapat cebisan placenta yang tertinggal dalam rahim anda, atau anda sebenarnya mengalami jangkitan kuman.

Perhatikan juga tanda-tanda lain jangkitan kuman seperti keluar lendir yang berbau busuk melalui vagina, demam dan sakit perut berterusan. Jika ini terjadi, doktor akan memberikan anda antibiotik untuk dihabiskan. Choriocarcinoma merupakan satu keadaan dimana cebisan yang tertinggal dalam rahim mungkin mula membersar dna membentuk tumor, ia jarang berlaku dan diklasifikasikan kes terpencil.

Bagi ibu yang menjalani D&C pula, anda juga berdepan dengan sedikit risiko komplikasi dari prosedur ini. Kira-kira 16% ibu yang menjalani D&C mendapat scarring atau kesan parut pada permukaan dalam rahim (lapisan endometrium) yang dinamakan Asherman’s Syndrome. Jika ini berlaku, anda mungkin terpaksa melalui pembedahan sekali lagi untuk membuang parut bagi memulihkan rahim dan membolehkan anda hamil lagi pada masa akan datang.

 

3. Berpantang Selepas Keguguran  

Tak kiralah anda keguguran secara natural atau melalui prosedur D&C, anda tetap perlu berpantang seperti ibu bersalin untuk pemulihan dan kesuburan rahim sekurang-kurangnya selama dua minggu. Dalam tempoh pemulihan ini, penjagaan pemakanan, fizikal dan emosi ibu sangat perlu dititik-beratkan.

Untuk panduan pemulihan dan kesuburan rahim dari sudut pemakanan, boleh rujuk artikel sebelum ini iaitu 5 Tips Pemakanan Untuk Pemulihan Selepas Bersalin. Seeloknya anda melakukan rutin lain dalam berpantang seperti berurut, berbengkung dan bertungku agar rahim dapat segera mengecut dan pulih ke saiz asal dan bersedia untuk kehamilan seterusnya.

Pengambilan herba juga penting untuk pemulihan dan kesuburan rahim. Herba seperti kacip fatimah, manjakani, akar serapat dan lobata antara yang pakar dalam merawat rahim dan menyuburkannya kembali. Jika tak mahu mengambil herba tersebut secara tradisional, boleh dapatkan produk kesihatan yang menggunakan ekstrak herba berkenaan yang banyak terdapat di pasaran.

Nak mudah lagi, pilihlah Set Bersalin Danita, semuanya lengkap, mudah dan praktikal untuk anda walaupun jika berpantang sendiri. Sila rujuk wabsite www.setbersalindanita untuk detail produk. Satu lagi artikel yang boleh menjadi rujukan ketika berpantang sendiri ialah  6 Tips Agar Cekal Berpantang Sendiri.

 

4. Menangani Emosi Ibu Pasca Keguguran  

Apabila keguguran berlaku, emosi anda mungkin bercampur-aduk. Tak dapat dielakkan, kecelaruan emosi ini harus anda tangani sebaiknya. Dalam proses menenangkan emosi dan merawatnya akibat kehilangan, ibu-ibu sering melalui fasa-fasa berturutan seperti berikut:

  • Terkejut dan Menidakkan. Ketika keguguran mula-mula berlaku, anda mungkin rasa seolah tak percaya ia berlaku kepada anda. Sebenarnya, ini merupakan mekanisme yang Allah ciptakan bagi melindungi mental dan psikologi anda dari trauma akibat kehilangan.
  • Rasa Bersalah dan Marah. Sebenarnya bukan salah anda, jangan sekali-kali terfikir ‘kalaulah…’ terimalah hakikat, ianya sudah ditakdirkan sebagai qada dan qadar buat anda dan suami.  Jangan pula marah-marah dan menyalah orang disekeliling, menyalahkan takdir, suami atau sesiapa sahaja. Tidak ada sesiapapun yang mahu perkara ini terjadi kepada anda. Jadi sebagai muslim percayalah dan redhalah, semoga hati anda lebih tenang. InsyaAllah, Allah tidak menjadikan sesuatu oerkara dengan sia-sia. Ingatlah betapa bertuahnya anda kerana sudah ada zuriat yang menanti anda di syurga kelak. Bertenang, tarik nafas dalam-dalam.. semuanya akan baik-baik saja.
  • Rasa tertekan dan sedih. Dek kerana tertekan dan sedih, mungkin juga anda tidak dapat menahan air mata, tak lalu makan dan tidur terganggu kerana keguguran ini bukanlah yang pertama, sudah beberapa kali anda lalui sehingga rasa seperti putus asa untuk mencuba lagi.  Jika mahu menangis, menangislah, luahkan apa yang anda rasa tapi jangan lama-lama. Jangan pendamkan perasaan ya, kongsilah dengan suami  atau ibu atau sesiapa sahaja yang anda percayai. Saya yakin anda seorang yang tabah dan dapat mengharungi ujian kehilangan ini dengan sabar. Istighfar selalu, ingat Allah ya.
  • Terima ketentuan dan jangan putus asa. Ini masanya untuk move on dan teruskan hidup. Masih ada peluang untuk anda mendapatkan cahaya mata, sekurang-kurangnya rahim anda pernah dihuni benih anda dan suami walaupun untuk sementara waktu dan memang confirm yang anda boleh mengandung. Pasrah akan kehilangan ini, ambil masa untuk rawat emosi, rawat diri, rawat rahim dan bersedia untuk kehamilan seterusnya. InsyaAllah.

 

5. Bersedia untuk Hamil Selepas Keguguran  

Biasanya doktor tidak akan menghalang anda hamil semula bila-bila masa saja anda bersedia. Namun pastikan anda dapatkan nasihat dari pakar berkenaan situasi anda secara spesifik, ketahui risiko yang bakal anda hadapi dan langkah-langkahpencegahan yang perlu diambil. Sebaik saja anda mula merancang kehamilan, dapatkan nutrisi yang cukup untuk persediaan kehamilan seterusnya.

Makan asid folik secara berterusan dan pilih makanan berkhasiat dan menyuburkan rahim. Pastikan anda lebih bersedia dan berhati-hati kali ini. Begitu juga dengan suami, pastikan nutrisinya juga mencukupi. Anda boleh mencari rujukan dari pelbagi sumber untuk menjaga pemakanan, menjaga fizikal dengan bersenam, menjaga emosi agar tenang dan stabil dan paling penting menjaga hubungan dengan Yang Maha Eza kerana Dialah Maha Pemberi Rezeki. Jangan putus asa, jangan putus harapan ya.

Itulah antara 5 tips yang dapat saya kongsikan untuk membantu anda mengharungi fasa kehilangan akibat keguguran tak terduga. Sentiasa positifkan diri anda ya, insyaAllah pasti Allah akan menggantikan kehilangan ini dengan yang lebih baik. Semoga anda terus yakin dan tabah. Ameen.