5 Perkara Paling BEST Ketika Trimester Kedua

Tentu banyak perkara bermain-main difikiran anda ketika mula-mula dapat tahu anda hamil beberapa bulan lepas. Happy tu memang tak payah cakap lah, tapi pada masa yang sama keterujaan tu bercampur-baur juga dengan persoalan seperti ubat atau supplement mana nak kena makan ni, atau nak bagi baby nama apa ya, atau boleh ke bersama suami ketika mengandung dan macam-macam perkara lagi.

Tempoh kehamilan adalah pengalaman yang paling bermakna dan sangat exciting. Ramai wanita yang menanti-nantikan saat mengandungkan zuriat sendiri, dambaan suami.

Kehamilan sepatutnya indah dan mengujakan bagi ramai wanita, namun harus diakui kadangkala kehamilan menyebabkan anda rasa miserable. Dari muntah-muntah, sakitsakit belakang sehinggalah ke sembab kaki sampai tak muat nak pakai kasut sendiri dan pelbagai lagi cabaran yang menyukarkan kehidupan anda ketika hamil.

So ibu hamil sekalian, jika ada perkara yang ingin anda lakukan sewaktu hamil, trimester kedua adalah masanya. Orang kata, second trimester is the sweet spot during pregnancy.

Nak buat apa-apa terutamanya perkara yang special atau yang anda tunggu-tunggu ketika hamil seperti pergi bercuti, makan-makan, photoshoot, babymoon dan sebagainya, jangan bertangguh lagi jika usia kandungan anda sudah masuk ke trimester kedua. Berikut 5 sebabnya, anda pasti mengangguk setuju.

 

1) Anda sudah kembali bertenaga, malah lebih energetik dari sebelumnya

Mual, pening, muntah, tak boleh bau bawang, tak boleh dekat dengan suami dan macam-macam lagi simptom morning sickness sudah boleh anda ‘delete’ satu per satu. Sebaik saja masuk ke trimester kedua, semua rasa yang tak best tu hilang macam tu saja.

Seperti tak pernah terjadi sebelum ni! Ini bererti anda sudah mulai masuk ke fasa paling heaven ketika mengandung. Energi tak payah cakap la, macam orang tak mengandung pun ada.

Walau se-energetik mana pun anda mesti sentiasa hati-hati ya, anda tu berbadan dua, kena selalu ingat budak kecik kat dalam perut tu.. ?

 

2) Saiz perut belum terlalu besar, mudah untuk anda ke sana ke mari 

Yup, masih belum begitu terasa seperti membawa perut kerana saiz perut tidak begitu besar dan belum memberat. Ketika ini anda masih boleh bebas bergerak, berjalanpun tak perlu tercungap-cungap.

Dalam tempoh ini juga, anda masih boleh tidur dengan selesa, bebas mengiring ke kiri dan kanan. Sakit-sakit badan dan belakang juga masih boleh diabaikan, tak begitu obvious.

Baby bump comel dan energy yang luar biasa menyebabkan anda selesa melakukan apa saja. Namun, harus sentiasa hati-hati ya!

 

3) Anda mengidam? Semua makanan boleh buat anda kecur liur..

Sekali sekala apa salahnya layankan perut yang mengidam cheese burger atau rendang ayam buatan nenek!

Cuma sekali-sekala ya ibu-ibu, most of the time, pilihlah makanan yang benar-benar berkhasiat kerana dalam tempoh ini, anda sudah perlu menambah kirakira 300 kalori dalam diet anda untuk menampung keperluan nutrisi baby dalam perut, disamping mengambil supplement prenatal yang dibekalkan doktor.

 

4) Rambut anda tumbuh cantik dan lebat, kulit pula glowing semacam dek seri ibu mengandung.

Selalu dengar tak orang cakap, seorang wanita akan kelihatan paling cantik ketika dia mengandung. Benar, secara saintifiknya perubahan hormon yang berlaku ketika hamil mungkin menyebabkan anda tidak stabil dari sudut emosi (anda mungkin tak mengaku, tapi ada ibu hamil yang tengok iklan pampers pun boleh nangis!), dari sudut yang lain perubahan tersebut memberikan anda kulit dan rambut yang cantik. Nak tengok anda rambut gugur waktu mengandung memang susah.

Raut wajah ibu mengandung ni serinya lain macam, anda tahu kenapa? Selain dari faktor perubahan hormon, rutin harian ibu hamil yang memastikan mereka mendapatkan bekalan nutrisi yang mencukupi melalui pengambilan vitamin prenatal, buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya antioksidan, susu dan pelbagai superfooods lainnya, sebenarnya menampakkan kesan yang positif pada penampilan fizikal ibu, menghasilkan kulit yang cantik dan wajah yang lebih glowing berbanding ketika sebelum hamil.

Jadi, semua perubahan yang berlaku baik dari dalam diri anda mahupun perubahan tabiat anda, ia sebenarnya memberi kesan from the insideout. Bestkan jadi mak buyung!

 

5) Surprise! Mungkin baby anda dah sedia nak tunjuk jantinanya..
Dah tahu boy or girl? Ini masa yang sesuai untuk anda shortlistkan nama baby anda dari senarai yang anda dah buat sejak dari awal kehamilan (tentu ada yang buat macam ni kan?).

Anda juga boleh mula sediakan keperluan untuk bayi anda seperti kelengkapan babycot, prepare tempat tidur bayi mengikut tema warna yang sesuai, atau plan untuk baby shower, mula survey websites yang menjual barangan baby atau lihat katalog tertentu, window shopping atau shopping terpulang pada anda. Apa yang saya nak emphasize kat sini ialah, ini adalah masa yang sesuai untuk lakukan semua ini. ?

Rata-rata ibu hamil menyatakan trimester kedua adalah waktu di mana mereka rasa paling best. Makan, tidur, berjalan-jalan, bercuti, shopping dan macam-macam lagi boleh dilakukan tanpa perlu terlalu bersusah-payah, enjoy jer rasa. Alhamdulillah. Susah atau senang, saya yakin ibu-ibu pasti happy dianugerahkan si comel dalam kandungan tu, malah sanggup redahi apa saja untuk melahirkan zuriat sendiri. Kudos Mama!