10 Pantang Larang Ibu Menyusu

Kalau menyusu badan, tak boleh la nak makan sesuka hati yer. Dalam banyak-banyak makanan tu, ada yang boleh merencatkan pengeluaran susu dan ada juga yang boleh menyebabkan anak meragam gara-gara perut kembung atau sakit perut. Berikut merupakan 10 makanan yang perlu ibu-ibu elakkan:

1. Kopi mngandungi kafein dan ia  akan masuk ke dalam susu kita. Bayi tak boleh nak keluarkan kafein dari badan seperti orang dewasa. Sebab tu kalau kita tengok, bayi yang mak dia suka minum kopi selalu meragam dan susah nak tidur. Nak minum jugak? Boleh. Satu cawan sehari je dah cukup. Jangan lebih-lebih yer.

2. Coklat pun ada kafein. Tapi kandungan kafeinnya rendah sikit berbanding kopi. Peminat coklat yang menyusukan anak, boleh kurangkan makan coklat kalau tiba-tiba bayi tu meragam. Jika anak anda tak menunjukkan sebarang masalah, go ahead, anda boleh menikmati hot chocolate yang lazat tu.

3. Orang Islam tak minum alkohol atau arak. Tapi sememangnya alkohol patut dielakkan oleh ibu menyusu yang non-muslim. Bayi kita mungkin akan alami berat badan yang tidak normal, sentiasa nampak lemah & mengantuk. Ibu itu sendiri akan susah untuk dapat “let down reflex“, yang mana ia sangat penting dalam fasa penyusuan. 

4. Makanan yang pedas dan berempah, siapa yang tak suka. Tapi ada sesetengah ibu tak boleh makan kerana ia boleh sebabkan bayi meragam dan mungkin terkena cirit-birit. Kalau boleh, elakkan terus dari makan sepanjang tempoh menyusu.
Begitu juga dengan 
kacang. Pastikan anak kita tak alah kepada kacang untuk mengelakkan kulit dia menajdi kemerahan, ekzema. Manakala, hidung pula akan selalu tersumbat.

5. Kalau bayi menangis tak henti-henti atau najisnya berdarah jika kita makan sandwich atau pasta sebelum menyusukan, itu maknanya bayi kita alergik dengan gandum. Nak make sure memang bayi alergik gandum, jangan makan makanan yang based on gandum selama 2-3 minggu. Tengok alahan tu jadi elok ke tidak. Kalau dah elok, lebih baik elakkan makan gandum. Itu maknanya, memang bayi kita alergik gandum.


6. Bayi yang alergik dengan
 produk tenusu seperti susu, yogurt & aiskrim akan muntah-muntah, susah nak tidur, cirit-birit, ekzema & colic. Sama seperti gandum, elakkan amik produk tenusu 2-3 minggu untuk pastikan betul atau tidak bayi kita alah kepada susu.


7. Kalau si bapa ada alergik dengan 
makanan laut, mungkin bayi kita akan menunjukkan tanda-tanda alergik yang sama. Walaupun si ibu tidak ada alahan dengan seafood, tetapi lebih baik elakkan seafood ketika menyusukan anak.

8. Nak tentukan alergik telur paling susah untuk bayi & kanak-kanak. Terutamanya putih telur sebab kebanyakkan telur bersembunyi dalam pelbagai jenis makanan.

Untuk ibu menyusu, kalau syak anak kita ada alergik, cuba elakkan dulu semua makanan yang kerap memberi alergik untuk anak. Selepas 2 minggu, makanan yang ada alergi, tu ditambah kembali satu demi satu sehingga 4 hari di antara makanan berlainan. Ini adalah untuk menilai anak-anak bagi gejala ruam & sebagainya.

9. “Soy protein isolate“, soya yang diproses boleh ditermui dalam sebarang minuman berprotein dan banyak makanan lain yang mungkin lebih cenderung membuatkan anak kita alergik. Jika ada tanda-tanda anak kita alah kepada soya, boleh hentikan dulu penggunaan soya untuk mengelakkan alahan yang teruk.

10. Ibu-ibu menyusu jangan minum teh pudina sebab dalam teh pudina ni ada herba & sebatian tertentu yang boleh mengurangkan bekalan susu. Lebih baik digantikan dengan teh “chamomile”. Sebatian dalam chamomile yang masuk ke dalam susu bleh buatkan bayi kita tenang.


Semoga anda terus sukses dalam penyusuan secara ekslusif untuk bayi anda.