PERHATIAN! Buat yang bakal bergelar IBU..

Anda Bakal Bersalin Sebulan Dua Dari Sekarang? Dah Mula 'SURVEY-SURVEY' Persediaan Nak BERPANTANG Nanti? Tapi Masih Tak Tau Apa Yang Patut Anda 'PREPARE'?

AWAS! Gagal buat persediaan BERPANTANG bakal
membuatkan anda ‘MERANA’ ketika pantang nanti!

Baca Selanjutnya...

As Salam Puan,

Saya tahu Puan bakal bersalin tak lama lagi. Dah mula buat preparation? Ker belum mula apa-apa lagi? Jangan pandang REMEH yer!

Berpantang Itu Penting!

  • Untuk MENGEMBALIKAN TENAGA selepas berhempas-pulas 'berjuang' untuk melahirkan baby tersayang
  • Untuk MEMULIHKAN luka dalaman dan luaran dek tekanan yang hebat semasa proses bersalin
  • Untuk MENJAGA KESIHATAN FIZIKAL, EMOSI & MENTAL ibu selepas bersalin supaya boleh focus menjaga baby pula, juga untuk kesihatan jangka masa panjang
  • Untuk MENJARAKKAN KEHAMILAN yang seterusnya

Ramai ibu-ibu muda zaman sekarang ambil mudah persediaan BERPANTANG ni. Tak kisahkah bersalin normal ataupun ceaser, WAJIB BERPANTANG!

Disebabkan ibu-ibu 'CULAS' ketika BERPANTANG, kes-kes seperti kat bawah ni sering berlaku:

  • BENTAN. Maksudnya sakit semula setelah hampir sembuh selepas bersalin. Bentan ni bukan jer sakit ketika Puan BERPANTANG, tapi boleh sebabkan kesan jangka panjang! BAHAYA NI!
  • MEROYAN pula sejenis kemurungan atau tekanan perasaan yang dialami segelintir ibu-ibu dalam pantang, sampaikan TAKNAK JAGA atau CEDERAKAN baby dan diri sendiri! LAGI BAHAYA!
  • LETIH yang teramat sangat sampaikan nak menyusu baby pun TAK LARAT! KESIAN BABY!
  • TUMPAH DARAH. Berlaku disebabkan rahim yang TIDAK MENGECUT atau URI TERTINGGAL dalam rahim. Tumpah darah boleh sebabkan MAUT!
  • KESIHATAN DALAMAN terjejas bila dah semakin berusia dan dah banyak kali bersalin. Badan mula rasa bisa-bisa, sakit-sakit, lemah kawalan kencing dan seterusnya ibu-ibu jadi dingin dan lemah tenaga batin. TAK KESIAN KAT SUAMI KE?

Murung Lepas Bersalin Boleh Dirawat

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1999 menunjukkan kemurungan adalah penyakit keempat utama di dunia yang boleh menyebabkan hilang keupayaan dan menambahkan kesengsaraan kepada si pesakit.

Dianggarkan bahawa hampir 10 sehingga 20 peratus wanita mengalami masalah kemurungan selepas bersalin. Presiden MPA, Dr. Abdul Kadir Abu Bakar, berkata, rasa sedih atau murung yang timbul sejurus melahirkan anak adalah normal.

Petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 05/05/2011

Jadi, Apa Yang Perlu Puan Lakukan Untuk Mengelakkan Masalah Ni?

Nak BERPANTANG, mestilah dengan cara yang betul. Jangan buat secara 'MEMBUTA-TULI', nanti takut menyusahkan diri sendiri pula.

Nenek moyang kita dah lama ajarkan cara BERPANTANG yang betul. Yelah, orang tua lagi awal makan garam dari kita ye tak? Antaranya:

  • Berurut, paling penting untuk melegakan sengal-sengal otot dan urat-urat tersimpul. Ia juga boleh bantu menenangkan ibu-ibu BERPANTANG.
  • Bertungku dapat bantu mengecutkan rahim, keluarkan angin dan mengeluarkan darah kotor dengan lebih cepat. Orang dulu-dulu bertungku dengan batu sungai yang dipanaskan dan dibalut dengan daun-daun herba.
  • Mandi herba pula membantu memberi kesegaran pada tubuh. Antara herba yang sering digunakan adalah daun serai wangi, daun pandan, daun inai dan sebagainya.
  • Pilis dan param pula untuk mengelakkan pening-pening kepala, juga mengelakkan angin masuk dalam tubuh.
  • Berbengkung ni SANGAT PENTING tak kira bersalin normal ataupun Ceaserean untuk menghalang peranakan turun dan mengembalikan semula bentuk tubuh yang ramping. Juga untuk menguatkan otot-otot perut dan pinggul. Pemilihan bengkung boleh mengikut kesesuaian dan keselesaan

OK, dah la tu.. Cukup-cukupla saya cerita pasal kebaikan dan keperluan BERPANTANG yang betul. Puan dah dapat ‘the whole picture’kan?

Tentu Puan tertanya-tanyakan?

Mana NAK CARI benda-benda ni semua?

Jangan risau...

Memperkenalkan Set Bersalin Warisan Turun Temurun Yang Terbukti Berkesan

Set Bersalin Danita

Set Bersalin Danita dirumus khas dari 100% bahan alami yang amat sesuai untuk para ibu yang menjalani proses berpantang mengikut amalamn turun-temurun nenek moyang kita. Amalan ini terbukti dapat mempercepatkan proses ibu berpantang pulih dan kembali sihat serta cantik persis anak dara kembali. Set ini juga sesuai digunakan samada bersalin secara normal ataupun Ceaserean

Boleh ke saya bantu Puan?

Nama saya Anidanita, Pengasas Set Bersalin Danita. Macam mana saya dapat ilham nak produce Set Bersalin Danita? Sebenarnya idea tu muncul bila dah 5 tahun berkecimpung dalam bisnes berkaitan produk maternity. Saya perhatikan, semakin lama, semakin ramai wanita yang mengabaikan proses BERPANTANG. Alasannya, lecehlah.. rasa badan dah cukup sihat la.. malas nak jaga makan la.. malas bertungku la.. dan sebagainya. Aduh! Ruginya seorang wanita kalau TAK JAGA DIRI dalam PANTANG! MERANA badan nanti! Setelah sekian lama, ilmu BERPANTANG TRADISIONAL turun-temurun kini saya cantumkan dalam Set Bersalin Danita yang baru dilancarkan bulan November 2014. Walaupun masih baru, dah lebih 2000 Set Bersalin Danita terjual! Alhamdulillah, ramai yang yakin dan berpuas hati setelah Set Bersalin Danita yang terbukti BERKESAN, MUDAH, SELAMAT & PRAKTIKAL untuk ibu-ibu zaman sekarang. Hari ini, saya nak kongsikan kebaikan Set Bersalin Danita dengan Puan. Yer, Puan yang masih tercari-cari persediaan BERPANTANG yang AWESOME! Sekarang, Puan dah bertemu jawapannya kan?

Fakta Ringkas Mengenai Set Bersalin Danita

Mari Kita Lihat Apa Komponen-Komponen Dalam Set Bersalin Danita

Minyak Serai Wangi (Bernilai RM35)

Serai wangi memang popular dalam perubatan tradisional Melayu. Antara ciri-ciri dan kelebihan Minyak Serai Wangi adalah:

  • Berbau harum macam minyak aromaterapi, melegakan dan selesa!
  • Tak panas, jadi memang sesuai digunakan sebagai minyak urut
  • Juga boleh legakan perut kembung, senggugut, merawat gigitan binatang berbisa dan lain – lain

Tungku Besi bersama Sarung Tungku Herba (Bernilai RM85/set)

Tungku bukan sebarang tungku. Tungku Besi dan Sarung Tungku Herba dalam Set Bersalin Danita ni memang 'special'.

  • Tungku diperbuat daripada besi tulen, berat kira-kira 2kg, dengan ‘design’ yang mudah dipegang
  • Sarung Tungku Herba dibuat dari kain belacu yang telah dimasukkan daun-daun kayu herba terpilih dan dijahit kemas
  • Dengan Tungku Besi dan Sarung Tungku Herba ni, ibu-ibu boleh bertungku ‘anytime’ dengan mudah, lebih cepat, selesa dan senang hati.
  • Lagi BEST, Tungku Besi ni panasnya memang TAHAN LAMA, LEBIH 1 JAM! Bolehlah anda bertungku sepuasnya!

Langkah demi langkah bertungku menggunakan Tungku Besi dan sarung Tungku Herba

  • ► Pastikan api TIDAK terlalu besar dan tungku TIDAK terlalu panas.. balut tungku dengan kain terlebih dahulu atau masukkan daun2 yg lembut urat seperti daun pandan, daun mengkudu, daun bunga kantan atau yg sesuai kedalam sarung herba untuk membantu melambatkan  sarung dari terbakar.kemudian baru dimasukkan ke dalam SARUNG HERBA(pastikan betul2 tebal dan boleh menampung kepanasan tungku besi)

    ► Tungku yg TERLALU PANAS boleh menyebabkan SARUNG HERBA TERBAKAR..

    ► JANGAN BASUH sarung herba

    ► simpan semula sarung herba di dalam bekas tertutup/plastik jika sudah benar2 sejuk utk tahan lama

    ►Cuba dengan tapak tangan sebelum meletak ke badan anda. Jika masih lambat utk merasa bahang kepanasan, boleh dipijak atau duduk utk mengeluarkan kepanasan haba.

    ►mulakan bertungku dengan meletakkannya di bahagian hulu hati.tekan perlahan-lahan sehingga boleh menggelamkan sedikit tungku tersebut. ini akan membantu melembutkan bahagian hulu hati.bahagian  tersebut kerap mengeras akibat gumpalan angin yangberpunca daripada penyekatan lendir. salah satu tanda pemacahan angin lendir ialah bunyi seperti derai kocakan air dan seterusnya memudahkan rawatan bertungku.

    ►dari hulu hati tungku diletakkan ke sekeliling perut dan melakukan 'cungkilan'di bahagian CAWAN PEHA berhampiran kiri serta kanan bahagian ari-ari.

    ►letakkan tungku di atas TUNDUN buat seketika sebelum melakukan cungkilan di bahagian ari-ari secara lembut dan perlahan-lahan seperti 'mencuit' kedudukan rahim

    ► lakukan rawatan bertungku ini berulang kali selama setengah jam dan teruskan ke bahagian paha,celahan paha ,lutut ,bahagian kaki, serta tapak kaki.

    ►tamatkan brtungku dengan meletakkannya di bawah pembukaan faraj dalam posisi duduk atau kepit tungku besi di celahan paha berhampiran tundun. kemudian bidan menyudahi rawatan ini dengan urutan di bahagian bahu dan kepala ibu.

    ►selepas sebulan menjalani rawatan,apabila tungku besi boleh tenggelam atau dibenamkan ke bahagian -bahagian yang ditungku iaitu hulu hati ,perut ,ari-ari serta peranakan ,ibu bersalin akan berasa berat tungku besi itu sampai ke tulang belakang . ini menandakan rahim sudah mengecut dan balik ke rumahnya dengan sempurna ,dan ibu akan trasa seluruh tubuh kemas rapi dan sihat.

    **Bagi yang bersalin secara Ceserean boleh bertungku di semua tempat kecuali bahagian pembedahan sahaja**

Mandian Herba Aura (Bernilai RM50 untuk 3 uncang)

Mandian Herba Aura ni satu lagi ‘signature product’ Set Bersalin Danita.
1 set mengandungi 3 bunjut

✔ menyegarkan kembali badan terutama kepada ibu selepas bersalin
✔ mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin, melembutkan urat saraf
✔ mengurangkan sengal tulang, sendi dan otot akibat proses meneran semasa kelahiran bayi

KANDUNGAN:
Daun herba terpilih seperti Daun Capa, Daun Meringan, Daun Serai Wangi, Daun Inai, Daun Pandan, Daun Lamuni, Daun Pisang Kelat

CARA PENGGUNAAN:
★ Ambil 1 bunjut mandian herba.
★ Masukkan ke dalam periuk dan rebus bersama 2 liter air sehingga mendidih.
★ Masukkan air yg mendidih tadi ke dalam baldi.
★ Campurkan dengan air biasa mengikut tahap kepanasan yang bersesuaian.
★ Bunjut mandian tadi boleh digunakan untuk direbus semula sehingga hilang warna dan bau.

✔ Anggaran 1 bunjut = 4-5 kali rebusan ataupun selagi ada bau herba boleh guna lagi(mandian)

Sabun Aura Terapi (Bernilai RM35)

Sabun ini berunsurkan limau purut yang harum dan segar. Selepas 2 minggu menggunakan uncang herba mandian, bolehlah teruskan mandian dengan Sabun Aura Herbs ni.

Yang ‘best’nye, dah namanya pun sabun kan, jadi lebih mudah nak guna sebab anda dah tak perlu merebus lagi tapi hasilnya tetap sama seperti menggunakan uncang mandian herba!

Antara manfaat lain sabun ni adalah:

  • Merawat kulit sensitive
  • Bertindak seperti agen anti kulat dan bakteria pada kulit
  • Melembutkan kulit
  • Meratakan tona kulit

Bengkung Tradisional (Zig Zag Berzip) (Bernilai RM70)

Bengkung Zig Zag Berzip direka khas untuk para ibu yang baru jer bersalin. Materialnya kain kasa belacu yang tebal dan lembut, dilapik dengan kain cotton maroon dibahagian depan supaya ibu lebih selesa memakainya. Warna coklat yang gelap mengelakkan bengkung cepat kelihatan kotor apabila terkena herba yang disapu pada perut sebelum berbengkung. Bengkung ini direka untuk menutup seluruh kawasan perut meliputi bawah payu dara hingga mencecah paras bawah pinggul. Penambahan zip pada bengkung memudahkan ibu- ibu untuk ke tandas dengan hanya dengan membuka zip. Kelebihan Bengkung Zig Zag Berzip:

  • Mudah dan selesa dipakai
  • Mengikut saiz tubuh anda
  • Diperbuat daripada kain yang tebal dan tahan lama
  • Mudah dibersihkan
  • Mudah untuk ke tandas

Saiz Bengkung (pinggang) (S) dan (Free size) muat untuk orang bersize M - XL labuh bengkung 20 inci

14480538_1293210254046627_8869181001893583183_o

 

 

Boreh Panas (Bernilai RM25 seunit)

Boreh Panas boleh digunakan sebagai param, pilis, atau lulur.

Cara menggunakan  pilis atau param, cuma campurkan Boreh Panas dengan sedikit air. Ibu boleh sapukan pada dahi (pilis) untuk menghilangkan pening kepala atau rasa nak pitam, juga pada badan (param) untuk megelakkan angin masuk ke dalam tubuh.

Pemakai pilis/param akan merasa nyaman dan berangin, jadi jika ibu rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan. Boleh la FOKUS jaga baby kan!

untuk lulur, lagi best campurkan dengan susu.

Multifunction! Boleh juga digunakan diperut ketika berbengkung, hanya campurkan dengan perahan limau nipis dan kapur

 

Selepas bersalin byk tenaga dan luka dalaman berlaku.Sangat mebantu memberi tenaga dan mempercepatkan luka dalaman
Sangat sesuai utk menambah susu ibu dengan izinNya.

Minum dengan dimulai Bismillah, selawat serta niat dihajati

Sehari 2 kali pagi dan malam
2 sudu setiap kali minum

Minum air secukupnya

- Menguat dan menguatkan rahim
- Mengeringkan luka dengan cepat
- Menganjalkan payudara dan punggung
- Memeriahkan susu badan
- Mengurangkan keputihan
-Melancarkan peraliran darah
- Menghilangkan lesu dan sakit-sakit badan
- Menghalus dan mencerahkan kulit
- Memperbetulkan kitaran haid
- Mengurangkan senggugut
- Memberikan tenaga dan kesihatan yang lebih baik..Insya'Allah

Seharum namanya, rasa yang sejuk dan berangin menjadi kan mommies akan rasa lebih segar dan tak perlu lagi risau dengan bau-bauan yang kurang menyenang kan dari cik kuntum...
Salah satu bahan yang terkandung di dalam hygiene wash wangie adalah manjakani..

Manjakani memamg terkenal dengan seribu satu khasiat yang amat berguna.Manjakani berupaya merawat pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh wanita

Diantara khasiat manjakani adalah:

-mencegah dari bau yang tidak di ingini
-antioksida melambatkan proses penuaan
-memulih dan menganjalkan otot faraj
-merapatkan dan mengecutkan kembali otot faraj bagi wanita selepas bersalin
-menyerap lendir dan lelehan pada faraj.

- Baik untuk urutan badan bayi selepas mandi , untuk kembung perut , angin pasang untuk bayi lelaki dan kencing malam..
- Balm ni tidak panas dan sesuai untuk kegunaan harian...

Tungku Baby.

Kebaikan tungku baby :-
- membuang angin dan mengelakkan kembung pe rut
- melegakan angin pasang bg bayi lelaki
- melegakan lebam dan bengkak akibat terjatuh atau terhentak

Perkongsian Dari Puan Raihan...
Kami tak edit yer 🙂

Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya dah selamat berpantang 10 jun 2015. Terima kasih ye Danita Maternity Store, banyak membantu saya semasa dalam berpantang. Full set RM450 memang berbaloi.

Boreh panas-umpama bedak sejuk dan pilis. Setiap masa saya sapu terutama badan dan dimuka.tak perlu risau kalau x kenakan sebarang make up.skin sentiasa nampak licin dan berseri.

Bunjut mandian herba 3 - selama 44 hari saya jadikan sebagai sauna untuk mandian. Elakkan mandi air paip ya (sbb kesannya seram sejuk nanti jadiknya.hehe). Bunjut herba di rebus bersama air daun (cth daun pandan,serai wangi,mengkudu). Hasilnya memang terasa segar badan..

Tungku herba & tungku besi - pagi petang x pernah miss bertungku,hasilnya dalam masa 14hari perut cepat kempis,bila scan doktor pakar bilang darah nifas hampir kering,rahim sudah mengecut.hehe..

Minyak serai wangi - urutan pada badan yang lengung-lenguh memang rasa fresh sangat. bau pun wangi.

Balm Baby - boleh sapu kat perut.. tak panas pun.bau pun sedap. Masa baby lahir kepala baby ada bengkak sikit mybe nak keluarkan baby berat 3.72..jd tiap hari saya sapukan balm tu hasilnya alhamdulillah..amazing..

Bengkung Zig Zag - Saya gunakan setiap masa selama 44 hari..mudah nak pakai sendiri.buka kecuali buang air dan mandi. sebelum bengkung saya sapukan krim vene. Kalau pakai secara konsisten insyaAllah perut mmg cepat kempis berat dr 87kg ..dalam tempoh 3 minggu berpantang turun 71kg.. nak usaha turunkan lg 15kg.wahhh

Pendek kata insyaAllah la saya nak beli lagi set danita untuk next baby.eh! Mmg berbaloi.alhamdulillah. Kepada mommy to be!! mesti cuba sebelum menyesal di kemudian hari.Terima kasih Danita Maternity store:)

Puan Raihan Abdullah

Johor Bahru

"Senang berpantang bila dah jumpa set bersalin tradisional yg lengkap dan mudah digunakan. Set Bersalin Danita memang complete. Terima kasih Set Bersalin Danita, memang sangat memudahkan proses berpantang saya"

Pn Hartini

Kuala lumpur

"Alhamdulillah pilihan terbaiklah SET BERSALIN DANITA ni. Suami pun nampak perbezaan saya lepas bersalin berbanding anak 1st, InsyaAllah akan datang kalau ada rezeki mengandung lagi mmg akan ambik lagi set ni,:). TQ Set Bersalin Danita!"

Pn Akma

Serdang

Dan Lagi .....

Pn Suria

Best sangat guna Set Bersalin Danita.. Saya paling suka Uncang Mandian Herba dan Sabun Aura Herbs. Memang REFRESHING sangat lepas mandi. Badanpun rasa SEGAR jer. Mak saya pun suka dengan bau herba mandian tu, sampaikan suruh order untuk dia skali! Memang AWESOMElah Set Bersalin Danita ni!

Pn Suria, Rawang
Pn Azza

Berbaloi beli Set Bersalin Danita, siap dapat 2 tungku lagi! Tungku Besi dan Tungku Herba. Tungku besi guna lepas berurut, tukang urut pun puji tungku ni sebab senang nak pegang and panas pun tahan lama. Tungku herba pulak, saya boleh guna sendiri.. Makin rajin pulak bertungku lately.. Saya perasan, darah kotor banyak keluar lepas bertungku. Memang puas hati. TQ Set Bersalin Danita!

Pn Azza, Kajang
Pn Laila

Set Bersalin Danita banyak bantu saya untuk pantang kali ni. Walaupun berpantang sendiri, saya tak rasa susah. Memang lengkap dan mudah sangat nak guna. Badan rasa segar dan bertenaga, nak jaga baby pun tak penat! Alhamdulillah, dipertemukan dengan Set Bersalin Danita!

Pn Laila, Shah Alam

Nie Koleksi Screenshot Feedback Customer dari Whatsapps.....

Berbaloikah Pelaburan Ini ???

Anda tak perlu lagi bersusah-payah bertanya orang, tercari-cari bidan kampung atau ke sana-sini mencari herba-herba dan akar kayu untuk kegunaan BERPANTANG.

Dah la susah nak jumpa, dah jumpa, leceh pulak nak disediakan. Sanggup ker?

Usah risau! Jimatkan masa dan wang ringgit anda dengan Set Bersalin Danita. Buat pilihan yang tepat macam ratusan ibu-ibu lain yang dah pernah gunakannya dan mengalami proses berpantang yang paling AWESOME!

Berapakah Harga Set Bersalin Danita Ini?

Tawaran Istimewa Untuk Anda

Tempah Set Bersalin Danita Sekarang!

Anda Tiada Sebarang Risiko!

Sebagai pengeluar, kami yakin dengan kualiti produk Set Bersalin Danita dan ditambah lagi dengan respon-respon positif dari pengguna, maka kami menawarkan Jaminan 30 hari pemulangan wang jika diatas sebab-sebab tertentu anda tidak berpuas hati dengan produk ini.

Jika testimoni dari pelanggan-pelanggan kami masih tidak cukup untuk meyakinkan anda, anda tidak perlu takut untuk melaburkan wang anda kerana anda dilindungi dengan polisi jaminan pemulangan wang kami.

Soalan-Soalan Lazim

  • q-iconApa beza Set Bersalin Danita dengan set bersalin lain?

    Set Bersalin Danita didatangkan dengan dua jenis tungku iaitu tungku besi dan tungku herba yang semakin dilupakan. Kombinasi penggunaan kedua-dua tungku ini memang terbaik untuk melancarkan pengeluaran darah kotor.

  • q-iconApa beza tungku besi dan tungku herba?

    Beza kedua-dua tungku ini adalah dari segi material, berat dan cara pemanasan. Tungku besi diperbuat dari besi dengan berat kira-kira 2kg dan penggunaannya dikombinasikan dengan sarung tungku herba.

    Manakala tungku herba pula adalah dibungkus rapi dalam uncang yang diperbuat dari kain cotton belacu yang mengandungi pelbagai jenis herba terbaik warisan turun temurun antaranya halia bara, limau purut, serai wangi, lengkuas dan herba-herba bermutu terpilih.

    Tungku besi boleh dipanaskan di atas api dapur gas yang kecil selama 3-4 minit, manakala tungku herba dipanaskan dengan cara mengukus selama 10-15 minit.

  • q-iconAdakah Set Bersalin Danita selamat digunakan?

    Yer, jangan risau. Set Bersalin Danita selamat digunakan kerana ianya diperbuat dari ramuan herba turun-temurun dan sesetengahnya amat sukar diperolehi pada masa kini. Herba-herba ini telah digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Kini, Set Bersalin Danita didatangkan dengan cara pembungkusan dan penggunaan yang lebih mudah, cepat dan praktikal.

  • q-iconBetul ke Set Bersalin Danita ni berkesan?

    Herba-herba terpilih dalam Set Bersalin Danita sememangnya terbukti berkesan kerana telah digunakan nenek moyang kita sejak dari dulu lagi. Kami telah banyak membantu ramai ibu-ibu selepas bersalin menjalani proses berpantang dengan mudah dan lebih praktikal.

  • q-iconBila waktu terbaik untuk beli Set Bersalin Danita?

    Ibu-ibu dinasihatkan untuk mula membeli Set Bersalin Danita ketika usia kandungan mencecah 7 bulan. Ini untuk mengelakkan kelam-kabut seandainya berlaku kelahiran awal.

  • q-iconBerapa lama tarikh luput Set Bersalin Danita?

    Tarikh luput Set Bersalin Danita adalah setahun dari tarikh manufacturing. Set bersalin ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan telah dikeringkan secara tradisional.

  • q-iconApa itu Boreh Panas?

    Boreh panas adalah serbuk sediaan tradisional 3 dalam 1 yang boleh digunakan sebagai pilis, param atau lulur. Untuk digunakan sebagai pilis atau param, hanya campurkan dengan air. Kalau nak guna sebagai lulur, boleh campurkan dengan susu atau air limau nipis.

  • q-iconApa beza Mandian Herba Aura dan Sabun Aura Herbs?

    Mandian Herba Aura dan Sabun Aura Herbs kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama. Bezanya hanya la dari segi cara penggunaan, dimana Mandian Herba Aura perlu direbus terlebih dahulu dan dicampurkan dengan air mandian. Satu uncang Mandian Herba Aura boleh direbus sehingga 3-4 kali. Manakala Sabun Aura Herbs boleh terus digunakan seperti sabun mandi biasa.

Tempah Set Bersalin Danita Sekarang!

© 2015 SetBersalinDanita.com – Hakcipta Terpelihara.